in

Pelaksaan PKPB Di Selangor, KL, Putrajaya Dan Sabah, Semua Institusi Pendidikan Akan Ditutup

Aa 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan pengumuman pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah, pihak Kementerian Pendidikan telah mengisyhtiharkan bahawa semua institusi pendidikan di empat wilayah ini akan ditutup.


Makluman ini telah dikongsikan menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Twitter rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Berdasarkan kenyataan media tersebut, pihak kementerian memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah seliaan KPM akan ditutup mulai hari ini, 13 Oktober sehingga 26 Oktober bagi negeri Sabah dan 14 Oktober sehingga 27 Oktober bagi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Insitusi yang terlibat adalah semua tadika, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi dan Institut Pengajian Guru (IPG).

A1 3

 

Boleh bawa pulang pelajar sepanjang tempoh PKPB

Memandangkan penutupan ini juga melibatkan insitusi yang mempunyai asrama, pihak KPM menasihat ibu bapa atau penjaga untuk membawa pulang anak mereka yang tinggal di asrama.

Walau bagaimanapun, bagi murid yang ingin menetap di asrama sepanjang tempoh PKBP ini, mereka akan berada di bawah jagaan warden asrama. Mereka juga akan disediakan makanan dan barang keperluan asas oleh institusi masing-masing.

A 5 1

Bagi ibu bapa yang ingin mengambil anak mereka semasa tempoh PKPB, ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak institusi dan seterusnya pentadbir akan mengeluarkan surat kebenaran sebagai rujukan kepada pihak berkuasa untuk merentas daerah.

KPM juga menggesa agar guru dan pensyarah menjalani proses pengajaaran dan pembelajaran dari rumah secara dalam talian.

 

Baca: 1,754 Sekolah Ditutup, Kini Hampir Sejuta Pelajar Di Malaysia Tidak Ke Sekolah Gara-Gara COVID 19!

A3 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.