Seperti yang kita sedia maklum, hujung minggu lalu banyak juga konsert dianjurkan sehinggakan pengangkutan awam dibanjiri dengan individu yang memakai ‘tema pakaian’ yang telah ditetapkan oleh penganjur konsert.
Dari situ dapat kita lihat kehangatan konsert yang diadakan oleh penyanyi tersebut, namun begitu ia membuatkan TikToker Tareq Fit rasa kurang senang melihatnya dan terpanggil untuk memberi teguran dan nasihat.
Artikel berkaitan : “Trend ikut syahwat” – Tareq Fit Sifatkan Trend Lagu Jamilah Mengarut
Artikel berkaitan : Netizen Kurang Senang Dengan Kenyataan Bapa Abang Aji, Jurulatih ‘Fitness’ Tegur Jangan Jadi ‘Racist’
Hukumnya haram sebab…
Dakwa Tareq, kebanyakan golongan orang yang pergi ke konsert ini telah berhibur sehingga melanggar undang-undang Islam. Tegasnya tidak salah jika ingin berhibur, tetapi boleh ia dilakukan secara halal berbanding pergi ke konsert yang lebih cenderung ke arah kemaksiatan.
Tegasnya lagi, segala aspek yang melibatkan muzik hukumnya haram, termasuklah artis yang menjayakan konsert, penonton yang hadir dan lain-lain yang terlibat.
@tareqfit #fypppppppppppppppppppppppppppppp #malaysiatiktok🇲🇾 #malaysiatiktok
“Korang kena faham income dari muzik, yang pergi konsert muzik semuanya haram, walaupun bertudung.”
“Walaupun kau bertudung, tapi kalau kau buat maksiat, haram tetap haram, ramai artis-artis bertudung, pergi umrah, pergi haji, ni lain cerita.”
“Tapi haram tetap haram, income dia haram, dan siapa yang pergi situ bayar duit pun haram, kau membazir duit untuk kau dapat hiburan secara haram, lepas tu heran kenapa umat Islam menjadi lemah.”
Tareq tidak menafikan kenyataan ini agak pedih buat segelintir orang tetapi katanya, itulah kenyataan yang berlaku.
Sumber : TikTok
