in

“Walaupun bergaduh tetap patuh SOP” – [VIDEO] Empat Lelaki Bergaduh & Berparang di Cheras Ditahan Polis

Gaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak sangka ketika musim PKP dilaksanakan pun, masih ada segelintir individu berani membuat jenayah dan bergaduh di tempat awam.


Semalam, viral beberapa video yang menunjukkan sekumpulan individu terlibat dalam satu pergaduhan bersenjatakan parang dekat Taman Juara Jaya, Batu 9 Cheras, pada Ahad lalu, lapor Sinar Harian.

Berikutan kejadian itu, pihak polis telah berjaya menahan empat lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Gaduh Fb

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya telah dimaklumkan akan kejadian berkenaan selepas menerima panggilan pada jam 6.37 petang.

Tambahnya lagi, pergaduhan terbabit telah mengakibatkan dua individu cedera dan kini sedang dirawat di hospital.

“Susulan itu, tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan empat suspek yang disyaki terlibat dalam kes itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326/148 Kanun Keseksaan,” katanya.

Berikut antara video yang viral di Facebook berkaitan kejadian tersebut:

Empat lelaki bergaduh, berparang diberkasKAJANG – Polis menahan empat lelaki disyaki terlibat kes pergaduhan…

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, January 31, 2021

Uish sekali tengok macam filem KL Gangster! 

Siasatan mengenai kejadian ini masih lagi dijalankan untuk mengetahui motif mengapa ia berlaku.

 

“Walaupun bergaduh, berparang bagai. Mereka tetap patuh SOP” 

Video yang viral ini mendapat perhatian netizen apabila sekumpulan individu yang terlibat dalam pergaduhan tersebut dilihat masih mengenakan pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.

Alamak… tapi yang salah tetap salah kan. Kenalah tangkap jugak! 

Netizen

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811.

Baca: [Video] Viral 3 Lelaki Bergaduh Dalam Kelab Malam di Johor, Rupanya Berebut ‘Awek’

Johor

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.