in

“Waktu tu rasa nak tercabut jantung…” – Wanita Cemas Hampir Diculik Gara-gara Tak Kunci Pintu Kereta

Hampir Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, banyak pula kes jenayah berleluasa. Hal ini bertambah bahaya jikalau anda cuai atau terleka dengan keadaan sekeliling. Penjenayah seperti ini sentiasa memerhati anda dan akan mengambil kesempatan di saat anda terleka walaupun seketika.


Ia samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang ibu dan dua anaknya yang hampir diculik kerana kelalaian dalam mengunci pintu kereta. Berikut apa yang diceritakannya mangsa, Shazzy Wanie dalam sebuah perkongsian di Facebook:

“Petang tadi kat Bandar Puchong Jaya dalam jam tiga lebih dekat kawasan kedai-kedai, suami masuk parking dan turun sekejap untuk ke kedai printing. Nak print few documents yang baru teringat kena berikan pada client untuk next appointment petang tu.

“Aku duduk dalam kereta dengan anak-anak. Melissa macam biasalah, pantang berhenti kereta, dia cepat-cepat amik peluang pindah ke seat driver dan main-main berangan bawa kereta. Aku dan baby pulak kat seat belakang,” ceritanya.

24862144 1732761880090881 546390985398085199 N
sumber: facebook

Sedang Shazzy menyuap anak kecilnya makan, dia terperasan akan sebuah kereta hitam yang berhenti di belakang kereta mereka. Kemudian seorang lelaki Melayu (seingat Shazzy) dengan memakai topi dan shades keluar daripada pintu sebelah pemandu.

Waktu lelaki tu keluar daripada kereta tu sebenarnya hati ini entah kenapa memang dah rasa ada yang tak kena. Susah nak explain, tapi rasa macam kena berjaga-jaga tu tetiba je terasa.

“Jadi aku yang tengah suap baby makan ni memang terus perhatikan pintu kereta dan perasan pintu dah kunci.” 

24852601 1732759676757768 436136613122536398 N
sumber: facebook

Shazzy kemudian kembali mengarahkan pandangannya terhadap lelaki tadi. Seperti sangkaannya tadi, memang benar lelaki itu datang ke kereta mereka dan cuba membuka pintu di bahagian penumpang.

Mangsa yang kelam kabut dan cemas terpandang akan anaknya, Melissa di tempat duduk pemandu. Jantungnya hampir saja tercabut apabila terperasan bahawa pintu kereta tersebut rupanya tidak dikunci! Alamak!

Waktu tu rasa nak tercabut jantung bila perasan pintu tu tak lock sebenarnya. Spontan aku jerit, ‘Kakakkk!’ sambil menonggeng daripada seat belakang ke seat depan untuk tekan lock tu.”Fuhh! Memang berdebar habislah! 

Door Lock
gambar hiasan

Akibat terkejut mendengar jeritan si ibu, lelaki tadi menjauhkan diri daripada pintu kereta. Bayi Shazzy pula menangis dengan serta merta. Manakala Shazzy dalam keadaan menggigil mengangkat bayinya dan menoleh ke arah belakang sambil melihat kenderaan tadi telah pun berlalu dari kawasan tersebut.

Walau bagaimanapun, dia tidak membuat laporan polis atas apa yang berlaku kerana tidak sempat dan tidak tahu butir-butir penting mengenai penjenayah tersebut. Semuanya berlaku dengan begitu pantas dan dia tidak sempat melakukan apa-apa.

“Sampai sekarang terfikir. Apa niat dia sebenarnya? Kenapa nak buka pintu belakang? Kenapa bukan pintu pemandu? Kalaulah terbuka tadi, dia nak bawa lari Mikhael (bayi) mommy ke? Apa nak buat kalau itu yang jadi? Haish macam-macamlah!” rungut Shazzy.

11147141 980958778604532 8386495300650205320 N
sumber: facebook

Pun begitu, mangsa berharap perkongsiannya ini dapat mengingatkan ibu bapa di luar sana untuk tidak terleka walaupun seketika kerana perkara seperti ini boleh berlaku pada bila-bila masa saja. Yang paling utama, jangan sesekali lupa kunci pintu kereta!

Syukurlah terselamat! Nasib baik ibu muda ini bertindak pantas, kalau tidak entah apa yang berlaku. Semoga ibu bapa lain ambil juga iktibar atas kejadian ini. 

Baca: Budak Perempuan Berusia 4 Tahun Nyaris Diculik Ketika Ditinggalkan Bapa Untuk Ke Tandas

Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.