in

Budak Perempuan Berusia 4 Tahun Nyaris Diculik Ketika Ditinggalkan Bapa Untuk Ke Tandas

Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah berapa kali diingatkan supaya jangan meninggalkan anak kecil keseorangan di dalam kereta? Penjenayah zaman sekarang pantang orang leka saja, pantas mereka menjalankan operasi.



Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berusia empat tahun nyaris-nyaris dilarikan penjenayah apabila bapa budak tersebut singgah di stesen minyak untuk ke tandas, lapor Sinar Harian.

22089455 347160089071747 8297943366410786239 N
sumber: facebook

Dalam kejadian yang berlaku di stesen minyak dekat Tanah Merah, Kelantan itu, bapa mangsa dikatakan telah memberhentikan kereta jenis Honda Civic miliknya di belakang stesen minyak tersebut dan meninggalkan anaknya di dalam dengan enjin tidak ditutup dan pintu tidak dikunci. Alahai cuainyaaa! 

Namun selepas kira-kira lima minit, bapa mangsa yang baru keluar dari tandas terkejut melihat keretanya hilang dan anaknya berada tidak jauh dari stesen minyak tersebut dalam keadaan menangis.

Hasil pemerhatian melalui kamera litar tertutup (CCTV), tiga suspek yang menaiki Proton Wira warna hitam dirakam telah berhenti untuk mengisi minyak sebelum salah seorang daripada mereka pergi ke tandas di belakang stesen tersebut.

22154302 347158942405195 5732496065989379271 N
sumber: facebook

Selepas meninjau kawasan sekitar stesen minyak, suspek dengan pantas memasuki kenderaan mangsa dan melarikan kereta tersebut.

22195549 347166655737757 8218703128906128293 N
sumber: facebook

Dua lagi rakan suspek yang berada di dalam Proton Wira pula kemudian dilihat mengekori dari belakang kereta yang dibawa lari. Pun begitu, mereka sempat meninggalkan kanak-kanak berkenaan dalam keadaan baik dan tanpa sebarang kecederaan di kawasan berdekatan. Nasib baiklah tak apa-apa! 

22090196 347158922405197 2246746370000840032 N
sumber: facebook

Menurut siasatan polis, Proton Wira yang dinaiki penjenayah tersebut juga adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Pendang, Kedah. Buat masa ini, usaha untuk mengesan ketiga-tiga suspek masih giat dijalankan.

Pastikan anda tidak cuai apabila mempunyai anak kecil. Mereka tidak boleh dibiarkan tanpa pengawasan, zaman sekarang penjenayah ada di mana-mana.

Baca: Budak Darjah 3 Beri Alasan Konon Hampir Diculik Van Putih Kerana Lewat Ke Sekolah

Van Putih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.