in

Waktu Operasi Premis Perniagaan di Kuala Lumpur Kekal Jam 12 Tengah Malam, Bukan 2 Pagi

Tutup Jam 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 10 September lepas, Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan yang waktu operasi premis perniagaan bagi kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan hingga ke jam 2 pagi, namun perkara ini tidak sama dengan waktu operasi di Kuala Lumpur.


Menurut Astro AWANI, waktu operasi premis perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kekal jam 12 tengah malam sepanjang tempoh PKPP. 

Pkp

Perkara ini dimakumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas keputusan dibuat hasil mesyuarat Pengurusan Krisis WPKL (CMCWPKL) yang bersidang pada 11 September lalu.

Keseragaman waktu itu katanya bagi memudahkan pemantauan oleh DBKL dan lain-lain agensi.

“Sepanjang tempoh PKPP, DBKL bersama lain-lain agensi telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP ke atas 7,200 premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.

“Hasil pemantauan yang dilaksanakan setiap hari mendapati tahap pematuhan SOP PKPP ini masih perlu ditingkatkan,” katanya lagi.

 

Selangor benarkan restoran dan kedai dibuka sehingga jam 2 pagi

Walau bagaimanapun, orang-orang di KL jangan risau kerana korang boleh ke Selangor kalau nak makan atau beli barang lepas jam 12 tengah malam sebab kerajaan Selangor membenarkan semua restoran dan kedai serbaneka di negeri itu beroperasi sehingga jam 2 pagi.

71599994227 Restorannasikandar

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Ng Sze Han berkata keputusan ini dibuat lepas mengambil kira penularan kes COVID 19 di Selangor yang terkawal sepanjang PKPP.

“Kini, tiba masanya untuk menangani dan memulihkan ekonomi. Namun, pencegahan penularan pandemik COVID-19 masih merupakan keutamaan kerajaan negeri.

“Sehubungan itu, para pengunjung dan pengusaha diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan MKN dan mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya.

Fuh nasib baik kedai kat Selangor extend sampai jam 2 pagi ye! 

Baca: [TERKINI] Kerajaan Benarkan Kedai Makan, Kedai Serbaneka Dibuka Hingga Jam 2 Pagi

Restoran

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.