in

Vokalis Buka Seluar Ketika Konsert Di China, Penganjur Dikenakan Denda RM16,350

3Konsert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum pun reda dengan kontroversi ketika konsert kumpulan rock The 1975 baru-baru ini, kini ada lagi satu kontroversi yang melanda. Namun, kontroversi ini melibatkan penganjuran konsert di China.

Sebuah festival muzik rock yang berlangsung di Shijiazhuang, China menjadi kecoh selepas seorang vokalis membuka seluar ketika melakukan persembahan di Festival Rock Home Town.


Memetik laporan dari Astro Awani, kejadian yang berlaku pada hujung minggu lalu melibatkan vokalis kumpulan Violent Champagne yang bertindak melakukan perkara tidak beradab di tempat awam dengan membuka seluarnya ketika sedang melakukan persembahan di pentas.

Screenshot 2023 07 30 At 2.38.36 Pm
Sumber: astro awani

Penyanyi yang dikenali sebagai DIng itu bagaimanapun telah ditahan dan didenda pihak berkuasa akibat kelakuannya yang tidak senonoh itu.

Pihak penganjur juga dikenakan tindakan atas perbuatan vokalis itu dimana mereka didenda sebanyak RM16,350 dan lebih parah lagi mereka tidak dibenarkan untuk menganjurkan konsert di masa akan datang.

Terdahulu, pihak kerajaan Malaysia telah membatalkan konsert Good Vibes Festival yang diadakan di Sepang, Selangor gara-gara tindakan vokalis kumpulan The 1975 yang telah mencium ahli kumpulannya serta mengkritik kerajaan.

Baca: Paru-paru Bocor Sebab Jerit Ketika Konsert, Remaja China Dikejarkan Ke Hospital

3Lelaki 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.