in

Virus Terbaru ‘Langya’ Dikesan Di China, 35 Kes Dicatatkan Setakat Ini

Virus Langya China 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum selesai dengan virus Covid-19 yang sehingga hari ini mencatatkan jumlah jangkitan mencecah 600 juta seluruh dunia, China sekali lagi melaungkan amaran terhadap kemunculan virus baharu yang dikenali sebagai Langya yang menjangkiti warga republik berkenaan.


Dilabelkan sebagai virus yang mencetuskan kembimbangan, virus Langya atau dikenali sebagai LayV ini telah menjangkiti 35 orang individu di daerah Henan dan Shandong di Timur China.

Menurut laporan Sinar Harian, Langya ini tergolong dalam kategori virus zoonotik yang bermaksud jangkitan virus berlaku daripada haiwan kepada manusia. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Taiwan, virus ini adalah baharu dan tidak pernah merebak kepada manusia sebelum ini.

Zoonotic Virus 1660054584625 1660054584785 1660054584785

Secara rasminya, ia digelar sebagai Langyar henipavirus dan merupakan sebahagian daripada keluarga Henipavirus yang terdiri daripada kategori yang sama dengan virus Hendra dan Nipah yang difahamkan tidak mempunyai penawar mahupun vaksin.

Menurut data yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), henipavirus ini diklasifikasikan sebagai biokeselamatan Tahap 4 dengan kadar kematian kes antara 40 hingga 75 peratus.

Pun begitu, seramai 35 orang yang telah dijangkiti tidak menunjukkan simptom serius mahupun mengakibatkan kematian setakat ini.

Menurut Tapei Times, virus Langya ini mampu menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati selain pesakit akan mengalami gejala seperti demam, keletihan, batuk, hilang selera makan, sakit otot, loya, sakit kepala dan muntah.

1368889 4Cb910F4

Kesemua yang dijangkiti disahkan mempunyai sejarah kontak dengan haiwan dan kajian para saintis mendapati bahawa pembawa virus Langya yang paling jelas adalah cencurut.

Terdahulu, virus Nipah pertama kali ditemui pada tahun 1999 di Malaysia dan Singapura yang menyebabkan jangkitan kepada lebih 300 kes serta mengakibatkan 100 kematian. Walaupun sudah dua dekat berlalu, WHO masih memberikan amaran bahawa ia berpotensi menyebabkan wabak.

Baca : “Covid-19 pun tak habis lagi”- China Kesan Satu Kes Selesema Burung H10N3, Pertama Di Dunia Jangkiti Manusia

Cats 13

Sumber: Livemint

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.