Negara kita masih lagi tengah bertarung nyawa nak melawan wabak Covid-19 yang makin lama makin mencatatkan kes yang banyak, tapi dipercayai ada satu virus baharu yang menjangkiti manusia di China. Allahu apa pula kali ni. Covid-19 pun tak habis lagi ni.
Terbaru, China melaporkan kes selesema burung H10N3 yang pertama di dunia menjangkiti manusia. Virus tersebut biasanya menjangkiti ternakan ayam dan itik tetapi ini virus ini pertama kali menjangkiti manusia.
“Tak pernah lagi ada kes manusia dijangkiti H10N3 sebelum ini dan ini adalah yang pertama di dunia.”
Kes dikesan apabila seorang penduduk Zhenjiang ditahan di wad hospital dan sebulan selepas itu dia disahkan menghidap H10N3. Walau bagaimanapun, pihak kesihatan tidak beri penjelasan bagaimana individu ini mendapat virus ini.
“Individu itu yang dikesan dengan virus ini pada minggu lepas dan sekarang sudah pulih sepenuhnya.”
Ujian saringan kesihatan juga dibuat kepada kontak rapat individu yang dijangkiti dan tiada rekod penyakit yang sama dikesan terhadap mereka.
Tidak akan berjangkit dari manusia ke manusia
Menurut BBC News, virus ini tidak akan mudah tersebar dari manusia ke manusia dan risiko penyebaran dalam skala besar adalah sangat rendah.
Berdasarkan laporan Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, mereka mendapati bahawa virus H10N3 ini mempunyai patogen yang rendah di mana virus ini tidak akan menyebabkan penyakit yang teruk dan tidak mungkin tersebar dengan sangat cepat.
Harapnya tak wujud lagi la penyakit yang lain pula. Covid-19 ni pun tak habis lawan lagi. Sama-sama la kita doakan Malaysia dapat lawan Covid-19 dan pulih seperti biasa. Amin..
Sumber: BBC News