in

“Virus itu berhenti di lampu isyarat YB” – MP Bingung 1Utama PKP, Tapi Seberang Jalan TTDI Tak PKP

Takpaham

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob telah mengumumkan 6 daerah di Selangor telah diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 12 hari ekoran peningkatan kes COVID 19 yang mendadak.


6 daerah tersebut ialah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang. Sepanjang tempoh tersebut, pergerakan rentas negeri dan daerah di kawasan berkenaan sama sekali tidak dibenarkan kecuali atas urusan kecemasan.

180127877 3369051553197727 8381972557611952836 N

Namun seperti yang kita semua sedia maklum, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak dikenakan PKP dan apa yang lebih menarik, kesemua daerah di atas mengelilingi wilayah tersebut. Alamak, orang KL dah terkepung lah… 

Image From Ios 1

 

“Saya tidak faham strategi MKN” – Hannah Yeoh 

Kekeliruan sama ada boleh merentas daerah atau tidak ini akhirnya disuarakan Ahli Parlimen Segambut, YB Hannah Yeoh di laman Twitter apabila dia kurang mengerti dengan strategi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, jika korang berada di pusat membeli belah 1 Utama yang berada di daerah Petaling, Selangor maknanya korang kini di bawah PKP.

Tapi kalau korang lintas jalan ke depan sikit dan berada di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), korang tak lagi di bawah PKP sebab kini korang dah masuk dalam kawasan Kuala Lumpur pula.

Jadinya perkara ini dilihat agak ‘janggal’ bagi ahli parlimen tersebut sebab PKP ini dilihat dijalankan dengan secara tidak menyeluruh.

 

“Virus itu berhenti di lampu isyarat YB” 

Perkara yang diutarakan Hannah itu disetujui netizen lain juga, yang mana kebanyakannya merasa sangat pelik dan masih keliru dengan larangan rentas daerah tersebut kerana daerah di Selangor dan KL bertindih antara satu sama lain.

Pkp

Apa-apapun diharapkan rakyat bersabarlah dengan dugaan menimpa. Harap MKN boleh perjelaskan lagi SOP berkenaan rentas daerah KL-Selangor ni dengan lebih jelas hari ini. 

Baca: [TERKINI] 6 Daerah Di Selangor Dikenakan PKP Mulai 6 Mei

Is

Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.