in

Viral Video Pelajar Longlai Lepas Terima Vaksin, Rupanya Sebab Tak Sarapan & Tidur Lewat

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular video tular menunjukkan seorang remaja longlai telah dipapah selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.



Dalam video yang dimuat naik di Facebook dan telah pun dipadamkan itu, kelihatan seorang pelajar terpaksa dibantu beberapa orang di kawasan letak kereta sebelum dipapah masuk semula ke dalam dewan.

Ekoran video tular ini, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali telah pun mengeluarkan kenyataan tentang keadaan pelajar tersebut.

Screenshot 2021 10 01 At 12.52.36 Pm

Menurutnya, pelajar yang didakwa pengsan itu tak mempunyai sebarang masalah kesihatan tapi hanya gementar ketika suntikan dibuat, lapor Sinar Harian.

Bukan itu sahaja, remaja itu juga didapati tidur lewat malam sebelum itu serta tidak mengambil apa-apa sarapan sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Encore Mall, Melaka.

Keadaan begini dalam istilah perubatan dikatakan ‘syncopal attack’ atau vasovagal syncopy.”

Jelasnya, keadaan ini boleh berlaku kepada mana-mana individu akibat dari terlalu takut, risau, tertekan atau terlalu sakit.

Remaja tersebut juga dikatakan telah pun dibenarkan pulang selepas didapati sihat dan selesai pemerhatian di PPV.

Saya akan dapat maklumat lebih terperinci apabila menziarahi pelajar ini esok (Jumaat) jam 8.30 pagi. Apa pun pemeriksaan asas kesihatan perlu dilakukan doktor.”

Dr Noor Azmi turut mengingatkan ibu bapa supaya memastikan anak-anak bersarapan sebelum mengambil vaksin dan tidak melakukan apa-apa aktiviti lasak seminggu selepas menerima suntikan.

 

Baca: “Meninggal dunia sebelum PICK remaja bermula” – Pengerusi CITF Tampil Jelaskan Isu Viral Remaja Meninggal Dunia Sebab Vaksin

Screenshot 2021 10 01 At 1.01.06 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.