in

Viral Video Herdik Polis di SJR, Wanita Bergelar ‘Wawa’ Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan

Wawawahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada minggu lepas, viral di media sosial sebuah video menunjukkan seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Wawa’ dari ‘Wahid Enterprise’ mengamuk di sebuah sekatan jalan raya (SJR) di Sabah.


Susulan viralnya video itu, Polis Sabah telah menjalankan siasatan secara menyeluruh ke atas wanita yang didakwa menengking anggota polis berkenaan.

Whatsapp Image 2021 06 18 At 17.27.28

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali, sekiranya terbukti benar ada anggota polis yang mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan wanita terbabit, pihak polis akan mengambil tindakan.

Malah mereka juga akan mengambil tindakan terhadap wanita tersebut sekiranya dia juga menjadi punca ketegangan yang berlaku di SJR tersebut.

Pun begitu, pada Ahad lepas, wanita berusia 34 tahun ini dilaporkan telah ditahan polis pada jam 11.20 pagi dekat kediamannya di sebuah kondominium di Jalan Lintas, lapor Sinar Harian.

Dia ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung insiden yang dikatakan berlaku pada 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ‘Wawa’ telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan permohonan reman akan dibuat hari ini (Isnin).

Sinar Harian
Polis menunjukkan barang yang dirampas dari semua individu yang disiasat berhubung rakaman tular itu.

Terdahulu, Wawa menerusi akaun Facebook telah membuat permohonan maaf atas kejadian tersebut jika ia mengguris hati para frontliners.

Walau bagaimanapun dia juga menjelaskan bahawa perkara itu berlaku kerana dia telah menerima layanan yang buruk dari anggota polis trafik yang bertugas.

Baca: “Apa kes ni?” – Viral Video Petugas SJR Dihamun Wanita Di Sabah, ‘Wawa Wahid Enterprise’ Tampil Beri Penjelasan

Wawaww

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.