Kecoh di media sosial semalam, tular sebuah video yang menunjukkan seorang wanita telah menghamburkan kata-kata makian kepada petugas polis di satu sekatan jalan raya (SJR) di Sabah.
Menerusi video yang viral di Twitter, wanita tersebut memperkenalkan dirinya sebagai ‘Wawa Wahid Enterprise’ dan tidak diketahui punca yang menyebabkan wanita tersebut memarahi petugas polis di SJR terbabit.
https://twitter.com/jnmalaysia/status/1405495800692580353
Namun menurut tweet yang viral itu, antara kesalahan wanita berkenaan ialah cukai jalan dan insuran yang tamat tempoh.
Pegawai di lapangan juga katanya telah memohon anggota yang bertugas di SJR untuk membuat laporan polis berkaitan hal itu dan kes ini sudah pun dalam siasatan.
“Apa benda dia mengamuk tak tentu pasal? Aku tak tahu nak backup siapa”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut telah mengecam wanita berkenaan kerana dianggap telah bertindak biadap dengan anggota polis yang bertugas.
Malah pada masa yang sama, ramai juga pelik mengapa wanita terbabit marah tidak tentu pasal di dalam video tersebut. Apa penyebabnya yang buat dia marah sangat tu?
Wawa mohon maaf, perjelas apa yang sebenarnya berlaku
Disebabkan isu tersebut sudah viral, wanita yang dikenali sebagai Wawa tampil memberikan penjelasan atas apa yang berlaku menerusi akaun Facebooknya.
Menurut Wawa, dia telah disaman atas sebab roadtax yang telah tamat tempoh, walau bagaimanapun keadaan bertukar jadi panas apabila dia mendakwa telah dibuli serta disindir oleh polis trafik yang bertugas.
Pun begitu, dia tetap memohon maaf atas perkara yang berlaku jika ada mengguris hati frontliners di luar sana serta memuji pegawai polis yang menjalankan tugas yang baik.
Ketika artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi daripada pihak polis berkaitan hal tersebut.
Apa-apapun diharapkan isu ini tidaklah berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan baik antara kedua-dua belah pihak.