in

Viral Pendedahan Keadaan di Rumah Lepas Adik Positif Covid-19, Sherie Merlis Sekeluarga Sudah Dibantu

Ft Sherie Merlis Dapat Bantuan Klinik Megazahran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Sherie Merlis yang merayu kepada orang ramai kerana buntu dengan keadaan keluarganya selepas adiknya disahkan positif Covid-19 dilaporkan telah menerima bantuan segera, semalam. Melalui video yang dikongsikan @nafidzrazak di Instagram, pelakon berusia 48 tahun itu dan keluarganya telah membuat ujian calitan di kediaman mereka.


Menurut Harian Metro, susulan pendedahan Sherie itu, mereka telah dibantu oleh Megaklinik Zahran dengan kerjasama Hotel Royale Chulan. Difahamkan adiknya serta suami dan anak-anak telah pun dihantar ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19.

Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin & rawatan covid19 bersama suami dan anak-anak yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.”

Menerusi Instagram peribadinya juga, Sherie telah memuat naik video menerangkan situasi terkini dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak  yang terlibat.

Alhamdulillah. Terima kasih sangat-sangat. Nampaklah semuanya dipermudahkan. Saya hargai, setiap ahli keluarga saya mengucapkan juga terima kasih tidak terhingga atas tindakan pantas yang diambil.”

 

Terdahulu, perkongsian Sherie di Instagram mendapat perhatian ramai selepas dia mengadu buntu dengan keadaan mereka sekeluarga tinggal  bersesak seramai 11 orang. Dia yang dilihat sugul di dalam video itu akui berasa sangat risau dengan keselamatan ahli keluarga terutamanya ibu dan bapa yang sudah tua.

Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.”

Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan.”

Baca: “Keadaan mak sangat tak baik” – Achey Minta Doa Lepas 7 Ahli Keluarga Positif, Berjangkit Dari Pelanggan Niaga

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.