in

Viral Murtadkan Wanita Islam Di Facebook, Mahkamah Syariah Tak Dapat Buat Apa-Apa Sebab…

Murtad4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, viral satu video berdurasi 3 minit dan 26 saat memaparkan seorang lelaki bukan Islam telah mengaku memurtadkan seorang wanita Islam sebelum mengahwininya.

Disebabkan tularnya video itu, Harian Metro melaporkan bahawa pihak polis telah menyerbu rumah lelaki tersebut dekat satu Perjiranan Dato Onn, Johor Bahru pada 19 Februari lepas kira-kira jam 9.50 malam.


Murtad2

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya menyerbu premis itu kerana mengesyaki lelaki terbabit berada di rumah berkenaan.

“Pihak polis berjaya mengawal keadaan dan hasil pemeriksaan mendapati kediaman itu hanya didiami oleh ayah dan kakak lelaki itu sahaja.

“Suspek yang berusia lingkungan 29 tahun itu sudah dikenal pasti namun tiada di premis berkenaan. Tiada sebarang tangkapan dan rampasan dibuat.”

Dalam pada itu, pihak mahkamah syariah menjelaskan bahawa mereka tidak boleh membuat apa-apa untuk bicarakan wanita tersebut.

Ini kerana selepas viral video tersebut, wanita yang merupakan warganegara Indonesia itu ada tampil memberikan keterangan menerusi satu video.

Katanya, dia keluar dari agama Islam ketika berada di Indonesia, disebabkan itu Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Mohd Na’im Mokhtar, berkata, Mahkamah Syariah hanya boleh membicarakan kesalahan yang dilakukan warga asing beragama Islam sekiranya kesalahan itu dilakukan dalam negara ini, lapor Sinar Harian.

“Seperti diketahui bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terbatas kepada individu beragama Islam. Bagaimanapun bidang kuasanya tidak melihat kepada kerakyatan warga negara individu yang dikenakan sesuatu dakwaan.”

“Asalkan kesalahan itu dilakukan dalam negara ini maka seseorang individu warga asing yang beragama Islam tetap boleh dikenakan tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah.”

Murtad3

Walaubagaimanapun, Mohd Na’im menjelaskan bahawa tindakan ke atas lelaki tersebut tetap akan dibuat susulan atas dasar kesalahan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti menghasut masyarakat.

Baca : “Jangan mudah hukum orang murtad” –  Dr Zulkifli Beri Ingatan Pada Netizen Tentang Isu Illi Najwa

Murtad

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.