in

Viral Lelaki Laung Azan Dalam Tokong Cina, Polis Jelaskan Pelaku Kurang Siuman & Pernah Terjadi Sebelum Ini!

Azan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

 

Tular di media sosial seorang lelaki dikatakan telah melakukan suatu tindakan yang mengejutkan di sebuah rumah ibadah di Butterwoth, Pulau Pinang baru-baru ini.

Video yang berdurasi 58 saat itu telah dikongsi di laman Facebook oleh kumpulan Akademi Penyelidikan Agama Dunia yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang tidak dikenali bertindak melaungkan azan secara spontan di dalam sebuah tokong cina.


Screenshot 2022 08 01 At 5.50.46 Pm

Screenshot 2022 08 01 At 5.50.52 Pm

Perkara ini dipercayai berlaku pada 26 Julai sempena Perayaan Hantu Lapar yang disambut oleh penganut agama Buddha pada bulan Julai setiap tahun.

Video tersebut meraih perhatian ramai di Facebook dan mengundang persoalan mengenai tindakan pelik lelaki tersebut.

Rupanya ada masalah mental!

Menurut kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia, lelaki tersebut merupakan individu yang kurang siuman dan mempunyai masalah mental.

Perkara itu telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San selepas mengambil keterangan daripada beberapa saksi.

Lelaki tersebut berusia 40 tahun yang tinggal di Jalan Kilang Ubi. Turut mendapat maklumat bahawa ia bukanlah pertama kali lelaki tersebut membuat perkara pelik di sana malahan pernah dilakukan olehnya pada tahun 2017 yang lalu.

Fzdty31Akaaatgx 1

Fzdtzrhacaal1Rq

Sementara itu, pihak polis juga menasihati orang ramai agar tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berbaur sensitiviti agama yang boleh memudaratkan keharmonian negara ini.

Baca: Padah Buat Video Hina Islam, Penghantar Makanan Didenda RM 50,000

Screenshot 2022 08 01 At 5.46.35 Pm

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.