in

“Memang genius habis” – [VIDEO] Iklan Raya Petronas Guna Animasi, ‘Antara Dua Jendela’ Akan Buat Korang Rindu Beraya Di Kampung

Feature 2 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tahun mesti ramai yang tertunggu-tunggu iklan raya hebat daripada Maxis, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan Petronas. Bagi admin, iklan raya dari Petronas tidak pernah mengecewakan. 

Walaupun kita akan beraya dalam keadaan serba sederhana, korang jangan sedih sebab mesti ada sinarnya di penghujung hari. Mungkin itu lah yang cuba disampaikan oleh iklan raya Petronas pada tahun ini.


https://twitter.com/adeeboshe/status/1263099684593098757

Yang paling cool, Petronas telah menggunakan konsep animasi dalam iklan raya mereka. Rasanya belum ada lagi iklan raya lain yang guna konsep ni kan. Genius betul team Petronas ni!

Jalan cerita iklan raya yang bertajuk ‘Antara Dua Jendela’ ini berkisar tentang dua buah keluarga iaitu keluarga Pak Tam dan Mak Teh yang tidak pernah menziarahi rumah antara satu sama lain walaupun mereka berjiran. Boleh dikatakan dorang ni sambut Aidilfitri dengan suasana berbeza lah. 

Raya 5

Mak Tam dan keluarga selalunya sambut raya dengan meriah manakala Pak Tam pula hanya menyambut perayaan tersebut dengan anak perempuannya, Syasya.

Raya 6

Namun, suasana perayaan kedua-dua buah keluarga berubah disebabkan anak masing-masing tak dapat balik kampung tahun ni sebab raya norma baru. Hurmm, relatable sangat dengan kita kan. 

Yang lagi unik, Petronas juga tidak menggunakan lagu raya sebagai background music iklan raya ni. Mungkin dorang taknak kita sedih dan sayu kot. 

Animasi ini juga mengetengahkan loghat Perak. Baru lah rasa vibe kat kampung kan.

Kalau nak tahu apa kesudahan iklan raya ni, korang boleh tengok video ni. Mesti korang akan teringatkan kampung halaman. 

Selamat hari raya Aidilfitri!

Baca: Senarai 15 Iklan Raya Untuk Tahun 2019 Ni…Iklan Maxis Paling Sebak!

Raya

Sumber: Youtube
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.