in

Viral Aksi Mengait Masa Acara Terjun, Tom Daley Rupanya Sempat Kait Cardigan Untuk Penerjun M’sia

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, sekarang ni sedang berlangsungnya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.


Baru-baru ini, aksi pemenang pingat emas acara platform 10 meter seirama lelaki telah mencuri tumpuan netizen di serata dunia.

“Champion and Multitasker”

Bukan sahaja kemampuannya untuk menyondol pingat emas sahaja yang jadi sebutan, malah viral baru-baru ini bila kamera sempat menangkap Tom Daley sedang mengait ketika menonton acara papan anjal wanita, kelmarin.

@astroarena

Tom Daley, buat apa tu? hahahaah sempat lg dia knitting smbl tgk match. Champion and a multitasker ??

♬ nhạc nền – Nhạc Này Chill Phết – Nhạc Này Chill Phết

Disebabkan video ini, ramai yang baru tahu rupanya atlet dari Great Britain ini obses dengan hobi mengaitnya ini.

Menjengah ke Instagram yang didedikasikan untuk hasil buatan tangannya @madewithlovebytomdaley, lelaki ini ada kongsikan yang dia pernah berikan cardigan yang dikaitnya sendiri untuk penerjun negara kita, Cheong Jun Hoong.

Saya buatkan cardigan untuk kawan saya yang dikasihi, Cheong Jun Hoong!”

Menurut Tom Daley, dia telah banyak mengait sepanjang dia di Tokyo untuk Olimpik 2020 ini dan salah satunya adalah untuk rakan penerjunnya, Cheong Jun Hoong.

Di Instagram peribadi, Cheong Jun Hoong turut memuat naik gambarnya memakai cardigan hasil buatan Tom Daley ini dan berterima kasih untuk pemberian yang sangat bermakna itu.

Di ruangan komen, ramai netizen dari Malaysia yang memuji kehebatan atlet ini mengait. Siap mintak satu lagi.

Screenshot 2021 08 03 At 11.22.35 Am Down

Wah berbakat betul, sibuk mengait pun boleh bawak balik pingat emas!

 

Baca: “Semua dkt belakang ikut menari” – [VIDEO] Berjoget Bersama Atlet Lain, Gelagat Dhabitah Curi Tumpuan Kamera

Screenshot 2021 08 03 At 11.29.42 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.