Siapa sahaja yang sanggup berdiri di tengah jalan dalam keadaan banjir kilat semata-mata untuk mengawal lalu lintas?
Wanita dari Mumbai, India ini sanggup berdiri selama 7 jam semata-mata untuk menghalang kenderaan daripada melanggar lubang saluran air. Lama gila wei!
Kanta Murti merupakan seorang peniaga bunga di tepi jalan dekat kawasan Jalan Raya Tulsi Pipe. Ketika kejadian itu, dilaporkan keadaan hujan sangat lebat dan jalan sudah mula dinaiki air.
Akibat kejadian tersebut, khemah, bunga dan hasil jualannya juga telah hanyut dibawa arus
Buka Saluran Air Untuk Kawal Limpahan
Atas sifat ihsan yang ada pada dirinya, dia segara bertindak untuk menuju ke satu saluran air yang berada di tengah jalan untuk membukanya dengan harapan limpahan air akan mengalir ke dalam saluran tersebut.
Selepas dia membuka saluran tersebut, dia mengambil tindakan untuk berdiri dan mengawal lalu listas. Lapor OpIndia.
Ini adalah video kejadian daripada perkongsian Ravi Chander di Twitter.
She is Kanta Murti, a pavement dweller in Matunga, Mumbai who sells flowers for a living. She stood near the open manhole for 7+ hours on Aug 4th to warn vehicles. She lost her tent and savings in the rain and deluge. pic.twitter.com/jkku9P8ofW
— Ravi Chander (@LinuxFeller) August 10, 2020
Terima Sumbangan Lebih RM8 Ribu
Rentetan daripada kejadian tersebut, Murti telah mendapat perhatian media tempatan dan penduduk di wilayah India sehingga dia ditawarkan sumbangan berjumlah Rs 1.5 lakh (RM 8,425) daripada orang ramai menerusi hasil kutipan sumbangan sebuah portal berita tempatan Mumbai Mirror.
Kalau satu rezeki kita hilang pasti akan digantikan dengan rezeki lain selagi kita berbakti dan berbuat baik antara satu sama lain. Semoga jasa Murti ini sentiasa diingati dan menjadi teladan kepada orang lain.