Tindakan tegas kerajaan Malaysia dalam mempertahankan kelantangan isu kemanusiaan dan pendirian terhadap isu Palestin terus mendapat perhatian serta pujian daripada komuniti antarabangsa.
Terbaharu, tular sebuah video memaparkan seorang aktivis dan pembuat kandungan (content creator) asal Amerika Syarikat, Evan Gomez, yang memberikan sokongan padu kepada Malaysia susulan ketegasan negara ini mengenai keberadaan warganegara Israel di tanah air.
Artikel berkaitan: Kisah Zohar Regev: Aktivis Warganegara Isra*l Yang Peluk Islam & Aktif Dalam Misi Kemanusiaan Gaza
Artikel berkaitan: 87 Aktivis Termasuk 29 Rakyat Malaysia Ditahan Di Isr*el Lancar Mogok Lapar
Sokong Kenyataan Pendirian Malaysia
Menerusi video berkenaan, Evan Gomez memberikan respon terhadap petikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel dan mana-mana warganegara Israel yang didapati berada di Malaysia akan diusir serta-merta.
View this post on Instagram
Tindakan dan ketegasan tersebut disambut gembira oleh Evan yang secara terbuka meluahkan rasa kagumnya terhadap pendirian berani Malaysia.
“Shout out to Malaysia bro. I did not need another reason to love the Malaysian people as I used to live there and be married to one, but here we are,” katanya penuh teruja dalam video berkenaan.
Pernah Tinggal Di Malaysia & Puji Rakyat Tempatan
Bukan sekadar memuji tindakan kerajaan, Evan turut mendedahkan bahawa beliau pernah menetap di Malaysia sebelum ini dan mempunyai pertalian serta pengalaman manis bersama masyarakat tempatan. Beliau juga secara berseloroh menyapa rakan-rakan di Malaysia sambil mengajak makan nasi lemak.
Dalam video sama, Evan turut meluahkan rasa bangga kerana Malaysia kekal konsisten dalam memperjuangkan kebebasan Palestin di persada dunia tanpa berganjak dari prinsip asalnya.
Perkongsian video daripada Evan Gomez itu mendapat pelbagai respon positif daripada warganet tempatan yang rata-ratanya bangga melihat pendirian tegas Malaysia terus dipandang tinggi dan dihargai oleh komuniti global.
Sumber: Instagram
