Satu klip video tular di media sosial memaparkan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah menyantuni Presiden China, Xi Jinping dan isterinya dalam sebuah majlis.
Menerusi video yang dimuat naik media luar negara itu, Wan Azizah mengelak berjabat tangan dengan Xi Jinping, sebaliknya menundukkan badan sebagai tanda hormat.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu bagaimanapun menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan isteri Presiden tersebut, Peng Liyuan yang turut berada di atas pentas.
Artikel berkaitan: “Admin Mydin pun join!” – Tunjuk ‘Landmark’ Di US, Gambar Wan Azizah Jadi ‘Meme’
Artikel berkaitan: “So sweet!” – Aksi Spontan Wan Azizah ‘Wish Birthday’ Dekat PMX Curi Tumpuan
Dapat dilihat Xi Jinping seperti memahami tindakan Wan Azizah apabila beliau terus mengangguk dan tersenyum.
🚨⚡️UNUSUAL
The wife of Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim refused to shake hands with President Xi Jinping at the Shanghai Cooperation Summit in Tianjin 2025 pic.twitter.com/IPVGmlv2jz
— RussiaNews 🇷🇺 (@mog_russEN) September 1, 2025
Video tersebut meraih perhatian dunia, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Sebahagian pengguna media sosial menjelaskan tindakan itu selaras dengan ajaran Islam yang melarang wanita Muslim bersentuhan kulit dengan lelaki bukan mahram.
Kelakuan itu secara tidak langsung menerima pujian ramai sebagai simbol penghormatan budaya dan agama, selain memperlihatkan adab tinggi seorang pemimpin Muslimah dalam diplomasi antarabangsa.
Menurut laporan media, Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja selama empat hari di China termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2025.
Difahamkan, pertemuan dengan Xi Jinping akan menyentuh pelbagai isu berkaitan hala tuju hubungan Malaysia-China serta hubungan serantau.
Sumber: X, Berita Harian