in

[Video] Viral Rider Disaman Polis Masa Baru Park Motor Lepas Balik Hantar Makanan, Ini Penjelasan Polis

Saman4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, viral di Twitter berkenaan nasib yang menimpa terhadap adik kepada seorang netizen ini.


Menurut wanita ini, adiknya disaman ketika baru sahaja parking motosikalnya di rumah, kejadian itu telah dirakam dan viral sehingga meraih 6.2K jumlah retweet sepanjang beberapa hari ia dikongsikan di Twitter.

 

Baru sampai parking motor nak balik rumah.Tengah pack up barang nak naik, tiba2 polis 8 orang datang minta ic and terus kena saman.”

Dikatakan, berlaku satu kekecohan dan waktu video ini dirakam, ianya baru selesai. Kata wanita ini, adiknya terjumpa kawannya di bawah blok rumah dan tak sampai beberapa minit, dua bersama rakannya didatangi oleh 8 orang polis sebelum disaman.

“Dahlah tak jaga SOP social distance kelaut lagi nak kecoh buka saman. abang was home so he turun bawah and tried talking to the cops. Tapi takde effect. Then my mum turun. They asked mum to shut up plak. polis sempt ckp “jgn nak viral viral kat soc meds”.

 

Respon PDRM

Memandangkan perkongsian tu viral, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju tampil memberikan kenyataannya semalam.

Kata Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, SUPT Ashari Bin Abu Samah berkata, dalam kejadian pada pukul 8.30 malam. Dua remaja yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat itu sedang melepak dia atas motosikal tanpa menghiraukan kehadiran Team Pematuhan yang sedang membuat pemantauan di kawasan tersebut.

“Sewaktu disoal oleh pegawai Team Pematuhan, mereka memberikan alasan hanya duduk dan makan roti di parkir tersebut. Team Pematuhan telah mengeluarkan saman kompaun di bawah Peraturan 17, Akta 342 di atas kesalahan lain-lain aktiviti yang tidak dibenarkan iaitu berkumpul.”

Atas kenyataan ini, wanita tersebut juga tampil memberikan respon.

E4Vcy7Dveaist3Y

Apapun, diharap kes ini dapat lah diselesaikan secara baik dan mudah-mudahan adalah rundingan.

 

Baca : Tak Pakai Mask Ketika Saman Peniaga Tepi Jalan, Polis Kini Sedang Kesan Penguat Kuasa ‘Viral’

Mask

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.