in

Tak Pakai Mask Ketika Saman Peniaga Tepi Jalan, Polis Kini Sedang Kesan Penguat Kuasa ‘Viral’

Saman Ya Kor Dalam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bab perlanggaran SOP, tak kiralah sama ada korang rakyat marhaen, golongan artis atau orang kenamaan, kalau buat salah pasti ramai akan viralkan sampailah dikenakan hukuman.


Oleh sebab itulah sebagai pihak berkuasa, korang mesti tunjukkan tauladan yang baik dan bukannya seperti kes viral baru-baru ini yang melibatkan seorang penguat kuasa PBT yang kini sedang dikesan polis.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang penguat kuasa PBT didakwa telah datang menyaman seorang peniaga kecil tanpa lesen di tepi jalan dekat Masjid Beijing, Rantau Panjang. 

Walau bagaimanapun menerusi gambar yang viral, penguat kuasa tersebut dilihat tidak memakai pelitup muka. Alamak… saman orang tapi dia sendiri pulak langgar undang-undang. 

Saman

Namun kisah itu katanya tak berakhir di situ saja apabila ada seorang individu ini mendakwa dia rakan kepada peniaga yang didenda.

Menurutnya, peniaga tersebut meminta penguat kuasa itu untuk hanya memberi amaran terlebih dahulu sebelum mengeluarkan saman. Namun penguat kuasa itu tidak mengendahkan permintaan peniaga berkenaan dan mengenakan saman sebanyak RM250.

Individu ini mendakwa, selepas gambar terbabit viral di media sosial, rakannya dihubungi penguat kuasa itu yang mengatakan perkara tersebut boleh ‘dibawa berbincang’.

E3Zntsavkaakuit

 

Polis kini kesan penguat kuasa viral kerana tak pakai pelitup muka 

Pihak polis katanya akan mengambil tindakan terhadap seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT), susulan gambar individu tersebut yang tak memakai pelitup muka ketika kenakan kompaun terhadap peniaga di Rantau Panjang viral di media sosial.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, lelaki itu akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Hasil siasatan juga mendapati lelaki berusia 39 tahun itu bekerja sebagai Penguat kuasa PBT di Pasir Mas.

Polis juga kini sedang mengesan kakitangan PBT itu untuk dikenakan tindakan segera, susulan laporan polis dibuat.

“Gambar yang tular menimbulkan tidak puas hati di kalangan masyarakat kerana penguat kuasa berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika menjalankan tugas.

“Susulan itu, satu laporan polis dibuat bertujuan untuk menjalankan risikan dan siasatan terperinci berkaitan gambar yang tular dan mengambil tindakan sewajarnya kepada penguat kuasa yang terbabit,” katanya.

Harapnya pihak penguat kuasa lebih teliti soal pematuhan SOP ini supaya kejadian seperti ini tidak berulang. 

Baca: “Tak kira siapa, jika langgar SOP tindakan akan diambil, walaupun anak saya sendiri” – Ismail Sabri

Ismail

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.