in

[Video] Viral PPV Hotel Grand Seasons Sesak, Team Cikgu Turun Padang Buat ‘Line’ Penjarakan Sosial

Ft Mcplus 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh di mana video menunjukkan situasi di PPV Hotel Grand Season, Kuala Lumpur yang terlampau sesak sehinggakan mereka yang beratur untuk mengambil vaksin mengabaikan penjarakan sosial. Sedihnya min tengok.


Video yang dimuat naik oleh @bondaumairahtaib di akaun Instagramnya ini mendapat perhatian ramai pihak termasuklah team MCPLUS. Bonda Umairah atau lebih mesra dipanggil Bonda merupakan isteri kepada Sir Shakib yang merupakan salah seorang daripada team MCPLUS.

Untuk pengetahuan korang, MCPLUS merupakan kelas tuisyen atas talian yang terbesar di Malaysia. Cikgu-cikgu dia pun famous tau dekat sosial media termasuklah Sir Shakib.

“Lajunya buat kerja”

Selepas melihat kejadian yang berlaku di PPV Hotel Grand Season itu, team MCPLUS bersepakat membantu pihak berkuasa dalam menjaga penjarakan sosial di PPV tersebut. Mereka sanggup menghabiskan duit mereka untuk membeli pita pelekat dan kon untuk diletakkan di PPV tersebut.

Mereka buat line tersebut pada malam selepas video itu viral iaitu pada malam tadi. Aktiviti membuat line SOP itu telah dirakam dan dimuat naik di akaun official @mcplus.my itu sendiri. Lewat malam pun masih bekerja, terbaiklah!

“Terima Kasih cikgu!”

Video tersebut telah ditonton hampir setengah juta pengguna Instagram. Rata-rata netizen kagum dengan usaha mereka dan mengucapkan terima kasih kerana membantu pihak berkuasa dalam menangani masalah tersebut.

Beberapa komen daripada netizen yang min tertarik untuk berkongsi:

Mcplus Komen

Walaupun mereka tidak ramai tetapi team MCPLUS telah berjaya membuat line SOP dalam satu malam sahaja. Hebat bukan, we’re proud of you guys!

Min harap lebih ramai rakyat Malaysia yang prihatin seperti mereka dan min doakan Malaysia akan pulih seperti dahulu.

Baca:”Sgt2 mengecewakan” – PPV Sesak, Orang Ramai Tak Jaga Sop Datang Walk-In Vaksin

Ppv Sesak E1628740400909

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.