in

“Sgt2 mengecewakan” – PPV Sesak, Orang Ramai Tak Jaga SOP Datang Walk-In Vaksin?

Fi Ppv Sesak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan kes harian di Malaysia masih menunjukkan angka yang merisaukan, semestinya ramai yang berjaga-jaga sebab risau kalau dijangkiti wabak Covid-19 ini. Bukan itu saja, angka kematian yang kian meningkat sejak beberapa minggu ni membuatkan orang ramai makin risau.



Namun di sebalik kerisauan kita ni, masih ada juga orang ramai seakan tak kisah dengan arahan daripada kerajaan dengan tidak patuh SOP ketika di tempat awam.

 

Sesak dekat PPV?

Macam yang tengah kecoh sekarang ni, apabila video menunjukkan situasi di sebuah PPV yang terlampau sesak sampaikan orang yang beratur nak terima vaksin ni abai SOP.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @bondaumirahtaib, dia dan suaminya ketika itu dalam perjalanan ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sewaktu melalui sebuah kawasan, mereka terkejut dengan barisan manusia yang panjang dan tiada penjarakan fizikal.

Menurut usahawan berkenaan, kejadian yang berlaku di luar sebuah hotel di ibu negara tersebut menunjukkan orang ramai datang ke sebuah PPV untuk menerima suntikan vaksin secara walk-in. Bukan saja warganegara, malah ramai warga asing yang datang ke tempat tu.

Ppv Sesak 1 Edit

Oleh sebab terlampau geram, bonda Umirah dan suaminya meminta mereka untuk lakukan penjarakan sosial dan meminta bantuan daripada pihak berkuasa sendiri. Mereka juga meminta polis untuk menyuruh yang lain supaya balik sebab terlampau sesak, namun tak diendahkan.

Lebih mengejutkan, situasi itu bukan saja terjadi di depan hotel berkenaan tapi turut berlaku di bahagian belakang bangunan tersebut. Kelihatan orang ramai beratur tanpa sebarang penjarakan fizikal dilakukan.

 

“Tak putus2 la rantaian covid macam ni”

Hasil tinjauan di ruangan komen, nyata ramai yang risau dengan situasi di luar PPV berkenaan. Ada netizen menyuarakan bahawa perkara macam ni buat wabak Covid-19 ni makin berleluasa, di samping ramai juga yang kecewa sebab ini boleh jadi punca kepada peningkatan kes harian nanti.

Reak Ppv Sesak 1 Edit Reak Ppv Sesak 2 Edit Reak Ppv Sesak 3 Edit

Kalau kita ingat balik, bukan pertama kali situasi macam ni berlaku. Sebelum ni, PPV KLCC juga pernah dibanjiri dengan ribuan warga asing. Difahamkan juga masa tu, mereka siap beratur sepanjang hampir 2km sampai ke tepi jalan semata-mata sebab nak terima suntikan vaksin.

Semoga orang ramai lepas ni lebih sedar betapa bahayanya virus ni sebenarnya. 

 

Baca : “F*ck you!” – Staf PPV Kena Maki Sebab Tak Boleh Tolong ‘Adjust’ Buatkan Sijil Vaksin Tipu

Ft Antivax Maki Staf Ppv Tak Tolong Adjust Status Vaksin E1628671480649

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.