Siapa sangka, rupanya Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj juga adalah salah seorang peminat jenama yang popular dalam kalangan mak-mak, Tupperware Brands.
Perkara ini dikongsikan oleh seorang peniaga yang juga stokis Tupperware, memaparkan keterujaan Tunku Azizah ketika memborong barangan bekas plastik jenama itu di TikTok.
Menurutnya, dia sendiri tidak menyangka Tunku Azizah mencemar duli singgah ke reruai miliknya dan beramah mesra seperti pelanggan yang lain.
Artikel berkaitan: “Bakal jadi barang pusaka” – Jenama Pilihan Mak-Mak Tupperware Bakal Fail Bankrap
Artikel berkaitan: “Kuat mengusik” – Gelagat Tengku Hassanal Tarik Perhatian Ketika Istiadat Akad Nikah Tengku Muhammad
“Rupanya Tuanku Ampuan Azizah juga sangat sukakan Tupperware!
“Tiba-tiba, booth kami menjadi tumpuan ramai semalam apabila Tuanku sudi mencemar duli shopping sakan di booth kami,” tulisnya.
Dalam video itu, kelihatan Tunku Azizah tekun memilih beberapa barangan seperti set bekas makanan, botol air dan beberapa set lain.
“Saya memang suka. Saya memang sedih dengar ia tutup,” kata baginda sambil membelek beberapa barangan untuk diborong.
Lebih menghiburkan, baginda juga sempat menjenguk dan menyelak kain alas meja reruai berkenaan untuk melihat stok barangan lain yang disimpan.
@norqasehazrul Rupanya Tuanku Ampuan Azizah juga sangat sukakan Tupperware! Tiba-tiba, booth kami menjadi tumpuan ramai semalam apabila Tuanku sudi mencemar duli bershopping sakan di booth kami. Berdebor, ketor, bagaikan hilang kata-kata. Risau tersalah cakap, atau terlanggar adab dan sebagainya. Maklumlah kali pertama dapat pengalaman yang amat mengujakan ni. Memang Tuanku sangat sporting. Sangat berjiwa rakyat. Peramah dan paling saya kagum, sikap penyayangnya pada semua. Alhamdulillah. Semoga Tuanku kesayangan ramai ini, sentiasa dalam lindungan rahmat Allah. Aamiin.. #fyp #fypシ #tunkuampuanazizah #tuankupermaisuripahang #majliskeraianrakyatpahang #highlight #follower #doorgift #hamper #tupperwaretemerloh #tupperwarekuantan #tupperwarepahang #komunititupperware
Netizen terhibur reaksi Tengku Hassanal
Bukan itu sahaja, reaksi anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga membuatkan netizen terhibur apabila mengaitkannya dengan gelagat anak-anak memerhati para ibu mereka ketika membeli-belah barangan kesukaan mereka.
Selain itu, netizen turut kagum dengan sikap Tunku Azizah yang dilihat amat merendah diri dan berjiwa rakyat.
Minggu lalu, Tupperware Brands dilaporkan bankrap selepas bersetuju untuk menjual perniagaannya dengan harga AS$23.5 juta (RM102.1 juta) secara tunai dan lebih AS$63 juta (RM273.8 juta) dalam bentuk ‘diskaun hutang’ kepada sekumpulan pemberi pinjaman.
Sumber: TikTok