in

[VIDEO] Tun Abdul Taib Tersasul Sebut Hari Raya Masa Ucapan Maal Hijrah, Netizen Pelik Tiada Orang ‘Betulkan’

Ft Tersasul Bagi Ucapan Hari Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, umat Islam telah meraikan tahun baru (Awal Muharram,1443 Hijrah) dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud ada memberikan ucapan bersempena Maal Hijrah ini dan video itu viral.


Ia kerana ada kesilapan berlaku sepanjang tempoh beliau memberikan ucapan dan telah menarik perhatian netizen.

 

Bagi ucapan Hari Raya Aidilfitri ketika malam Maal Hijrah

Dalam ucapan di Majlis Doa Akhir Tahun 1442H dan Awal Tahun 1443H di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya. itu, beliau tersilap mengatakan ia bersempena Hari Raya Aidilfitri, sebutan dan ucapan itu jelas didengar menerusi satu video yang berdurasi 2 minit 8 saat.

“Saya tidak akan berucap panjang oleh kerana saya hari ini adalah sangat berat untuk kita baik lelaki atau wanita kerana kita hari ini selepas penat menyediakan persiapan Hari Raya Aidilfitri ini dengan persiapan barang makan, menyolekkan rumah.

“Oleh itu saya mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kita semua khasnya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

TYT Sarawak berucap meraikan Hari Raya Aidilfitri di Sarawak ketika sambutan Maal HijrahKUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud beberapa kali tersasul menyebut meraikan sambutan Aidilfitri sewaktu berucap Majlis Doa Akhir Tahun 1442H dan Awal Tahun 1443H di Masjid Jamek Negeri, Petra Jaya.“Saya tidak ingan berucap panjang oleh kerana saya hari ini adalah sangat berat untuk kita baik lelaki atau wanita kerana kita hari ini selepas penat menyediakan persiapan Hari Raya Aidilfitri ini dengan persiapan barang makan, menyolekkan rumah.“Oleh itu saya mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kita semua khasnya kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri kita,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan semalam.Menurutnya, sebenarnya Hari Raya Aidilfitri ini memanglah masa untuk kita memperbaharui perasaan kasih sayang kepada rakan dan jiran-jiran, muslim dan bukan muslim.“Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih atas sambutan yang telah disiapkan oleh Majlis Agama Islam di Masjid Negeri ini untuk meraikan kita sama-sama Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya.Majlis itu dihadiri oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.Seramai 200 tetamu jemputan menghadiri majlis itu yang dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun, diikuti solat fardu maghrib berjemaah, bacaan doa awal tahun, ceramah khas Maal Hijrah dan solat fardu isyak berjemaah.Yang turut hadir, Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, serta Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha.Abang Johari dalam amanat khas sempena sambutan Maal Hijrah 2021, memberi jaminan Kerajaan Sarawak bawah pimpinannya akan terus memfokus pembangunan sosioekonomi yang mampan dalam usaha mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.Beliau berkata, antara pendekatan diambil bagi tujuan itu ialah membangunkan ekonomi berteraskan sumber yang ada di negeri ini."Sumber itu akan kita tambah nilai dengan melahirkan anak Sarawak yang memiliki kemahiran dan kepakaran ilmu terkini supaya hasilnya dapat dieksport ke pasaran terbuka."Semua pendekatan itu adalah berasaskan pengajaran Islam, iaitu melalui ilmu dan seterusnya digunakan untuk berbakti kepada masyarakat," katanya. – VOICE

Posted by VOICE on Tuesday, August 10, 2021

 

Video tersebut tular di Facebook dan meraih sekitar 3,600 jumlah retweets di Twitter dalam masa sehari ia dimuat naik dan dikongsikan.

Bila perhatikan komen netizen, biarpun ada yang terhibur, ramai yang ambil berat dengan keadaaan beliau malah rata-rata pelik dengan orang-orang keliling yang tidak ambil inisiatif untuk memperbetulkan kesilapan beliau itu.

 

Takde orang ke yang tegur  – Netizen

Tersasul Bagi Ucapan Hari Raya 6 Tersasul Bagi Ucapan Hari Raya 5 Tersasul Bagi Ucapan Hari Raya 4 Tersasul Bagi Ucapan Hari Raya 3 Tersasul Bagi Ucapan Hari Raya 2 Tersasul Bagi Ucapan Hari Raya

Harian Metro melaporkan bahawa negeri Sarawak tidak ada menyambut sambutan secara besar-besaran diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 2021/1443 berikutan dengan situasi Covid-19 ini.

Sambutan hanya diadakan malam kelmarin (9/8/2021) di Masjid Jamek Negeri di Petra Jaya, dengan majlis Doa Akhir Tahun 1442H dan Awal Tahun 1443 sebagai pengisian.

Majlis itu dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

 

Baca : “Saya hanya nak mempersenda Yonnyboii sahaja” – Zynakal Mohon Maaf, Tampil Perjelas Isu Pakaian Orang Sarawak

Zynakal3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.