Meremang bulu roma semalam masa tengah scroll X, tiba-tiba keluar satu perkongsian mistik daripada MALAYSIA MOST VIRAL ni mengenai satu video penampakan kelibat ketika majlis tahlil dibuat.
Dalam video tersebut, difahamkan ‘arwah’ hadir datang menjenguk dari tingkap ketika majlis tahlil itu yang dikatakan dibuat untuk dirinya. Difahamkan kejadian ini berlaku di Mersing, Johor.
Artikel Berkaitan : Meremang! Gadis Kongsi Kisah Seram Bersembang Dengan Jelmaan Saka Nenek
Artikel Berkaitan : Bayi 4 Tangan & 4 Kaki Jadi ‘Selebriti’ Sekelip Mata, Orang Ramai Dakwa Jelmaan Dewa
video penampakan arwah menjengah di tingkap semasa Majlis Tahlil untuknya. Sorang ahli kariah sempat merakam dan tiba² menjerit"
Kejadian dikatakan berlaku di mersing, Johor pic.twitter.com/cPD0H40d9c
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) September 4, 2023
Walau bagaimanapun, masih belum ada kesahihan mengenai kejadian ini, namun begitu, video yang telah meraih lebih daripada 1,700 jumlah perkongsian ini telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata tidak mempercayai kejadian ini benar-benar berlaku kerana ia dianggap satu perkara khurafat kerana orang yang dah meninggal dunia tidak akan kembali ke dunia nyata. Malah, majoriti geram melihat kualiti video yang teruk.

Min bila baca komen-komen netizen kan, rasa gerun tu terus berubah jadi terhibur.
Sumbe : X
