in

Bayi 4 Tangan & 4 Kaki Jadi ‘Selebriti’ Sekelip Mata, Orang Ramai Dakwa Jelmaan Dewa

3Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bayi yang dilahirkan di India telah mendapat perhatian orang ramai dan mendakwa ianya adalah jelmaan dewa agama Hindu.



Bayi yang dilahirkan di Hospital Sadar di kawasan wilayah timur India baru-baru ini mengejutkan orang ramai dengan kelainan yang sangat jarang berlaku. Bayi tesebut dilahirkan dengan empat tangan dan empat kaki.

Screenshot 2022 01 23 At 1.16.11 Pm

Menurut laporan Daily Star, jantina bayi tersebut masih dirahsiakan biarpun telah menjadi ‘selebriti’ di sana. Orang ramai tidak putus-putus berkunjung ke hospital untuk melihat sendiri ‘dewa’ yang baru lahir itu.

Orang ramai mendakwa kelahiran bayi itu adalah jelmaan dewa Kali Yuga dari ajaran agama Hindu yang mempunyai 2 pasang tangan.

Screenshot 2022 01 23 At 1.16.03 Pm

Pun begitu, pihak hospital mengatakan bayi itu dilahirkan sebegitu adalah kerana isu kecacatan yang dialaminya dan mungkin faktor komplikasi kehamilan. Pakar turut memberikan kenyataan mengenai kejadian itu dan memaklumkan bahawa kes kelahiran itu bukannya bayi ‘ajaib’, tetapi adalah kecacatan fizikal.

 

Baca: Ibu Lahirkan Bayi Kembar Atas Bot Masa Dalam Perjalanan Ke Hospital

Screenshot 2022 01 23 At 1.18.24 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.