in

[VIDEO] Tindakan Pemandu Bas Isi Minyak Sambil Merokok Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Ft Hisap Rokok Dalam Bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial memperlihatkan seorang individu yang dipercayai pemandu bas mengisi minyak sambil menghisap rokok sebelum mencampak puntung rokok tersebut di kawasan berdekatan setelah selesai isi minyak.


Video yang telah meraih lebih 700 jumlah perkongsian ini sudah semestinya mengundang kecaman hebat kerana tindakan pemandu bas itu berbahaya terutamanya jika ada penumpang di dalam bas tersebut.

Artikel berkaitan : Pemandu Dikecam Selamba Pergi Hisap Rokok, Tinggal Kereta Hingga Sebabkan Kesesakan

Artikel berkaitan : “Makin ramai hisap rokok dalam kedai” – KJ Bakal Tingkatkan Pemantauan Larangan Merokok Di Kedai Makan

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpihak kepada kepada pemandu bas ini kerana ‘bahan api’ yang digunakan adalah jenis diesel, bukannya petrol.

Namun begitu, mereka tidak menafikan bahawa tindakan merokok ketika mengisi minyak itu salah kerana risiko untuk berlaku kebakaran itu tetap masih tinggi.

Isi Minyak Bas Isi Minyak Bas 2 Isi Minyak Bas 3 Isi Minyak Bas 4

Berdasarkan sumber yang min semak, bahan api diesel ialah cecair mudah terbakar. Namun diesel tidak mudah meruap seperti petrol, tapi perlu diingatkan bahawa ia masih mudah terbakar pada suhu tinggi.

Diesel mempunyai takat kilat yang lebih tinggi daripada petrol, yang bermaksud ia memerlukan lebih banyak haba untuk dinyalakan. Pendek cerita, kalau ianya bahan bakar, tetap akan terbakar tak kira cepat atau lambat.

Harap dapatlah dijadikan teladan, kerana malang memang tak berbau.

Sumber : X, fireandflammable.com

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.