in

[VIDEO] ‘Time Traveller’ Dari Planet ‘Vadho’, Ramal Bumi Musnah Tahun 2788 & Ada Penemuan Baharu Di Lautan Atlantik Oktober Ini?

Fi Timee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada suatu ketika dahulu, kita pernah digemparkan dengan satu kenyataan yang mengatakan hari kiamat akan tiba pada tahun 2012.


Perkara itu telah berjaya mempengaruhi ramai orang sehingga terbikinnya sebuah filem berkisahkan hari kiamat bertajuk 2012.

Namun dengan kuasa tuhan, perkara itu tidak berlaku. Sejak itu juga, makin ramai yang mengaku diri mereka sebagai pengembara masa dan menguraikan lebih banyak perkara yang akan berlaku kepada dunia. Banyak yang merepek je sebenarnya!

Seperti kisah ini, apabila ada ‘individu’ telah mengakui dirinya sebagai time traveller dan menyatakan akan ada penemuan dahsyat yang berlaku pada tahun ini.

 

Penemuan dahsyat pada bulan 10

Perkara ini telah tular di aplikasi TikTok apabila, seorang individu telah mengakui dirinya sebagai time traveller yang berasal dari sebuah planet kecil bernama vadho dan berkata akan ada satu penemuan menakjubkan berlaku pada tahun ini.

Dia menyatakan penemuan tersebut berlaku di Lautan Atlantik pada 7 Oktober 2021 dan akan  mengubah hidupan laut serta manusia buat selamanya.

Selain itu dia turut menekankan kepada semua orang supaya mengingati tarikh tersebut.

“Tanda tarikh tersebut, awak mesti mahu mengingati perkara ini!”

@thatonetimetraveler

Remember the date 10/7/2021 for the big ocean discovery. #fyp #foryou #foryoupage #timetravel #timetraveler

♬ Time Travel – Lovett

 

Bumi akan hancur

Dalam posting lain, dia yang dikatakan datang dari tahun 2485  itu ada menyatakan tentang kemusnahan bumi yang akan berlaku.

Dia memberitahu, bahawa bumi ini akan hancur pada tarikh 6 Julai 2788 yang berpunca daripada hentaman meteoroid yang sangat besar..Lagi? Seriusla?

Tetapi menurutnya, pada ketika itu manusia telah pun menjadi rakyat di planet lain seperti di Marikh, dan di bulan.

@thatonetimetraveler

The end of “Earth” #fyp #foryou #foryoupage #timetravel #timetraveler

♬ beach – oofoe

Walau bagaimanapun, perkara ini telah tular di TikTok selepas perkongsian melalui akaun @thatonetimetraveler mendapat perhatian dan sehingga kini meraih hampir 300k views.

Namun, ramai yang menganggap bahawa ramalannya itu tidak tepat dan mempersoalkan macam mana dia boleh menentukan tarikh hancurnya bumi ini.

So macam mana, apa komen korang? Bagi min mudah je, semua ni kuasa tuhan!

 

Sumber : DailyStar

 

Baca : “Time travel wujud ke?” ; Wanita Terkejut Dalam Phone Ada Gambar Accident Sejam Sebelum Kemalangan Berlaku

Foot Time

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.