in

Mengaku Sebagai ‘Time Traveller’, Lelaki Ini Dakwa Dunia Akan Tenggelam Pada Tahun 5000 Sebab ‘Global Warming’

F2 Tt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun teknologi dunia dah semakin maju, tapi ada satu benda yang belum mampu dicipta oleh saintis iaitu mesin untuk lihat masa depan. Namun, seorang lelaki telah mengaku dirinya merupakan seorang time traveller dan dia juga mendakwa bahawa bandar Los Angeles akan tenggelam pada tahun 5000.


Menurut Daily Star, lelaki yang hanya dikenali sebagai Edward itu mendakwa dirinya telah dihantar ke masa depan iaitu 3000 tahun ke depan. Lelaki itu berkata dia terkejut melihat keseluruhan bandar Los Angeles (LA) telah tenggelam pada masa depan.

Tt2

Edward mendakwa dirinya melihat keadaan bandar itu kerana dirinya terlibat dalam eksperimen pengembaraan masa pada tahun 2004. Dia telah menceritakan pengalamannya sebagai seorang pengembara masa kepada saluran YouTube ApexTV.

Lelaki ini turut mendakwa dirinya telah bekerja di sebuah makmal di LA pada ketika itu.

Dia juga mendakwa dia telah bercakap sendiri dengan penduduk Los Angeles di masa hadapan yang telah ditenggelami air itu dan penduduk di situ menyatakan pemanasan global telah menjadi penyebab bandar itu dilanda banjir.

Tt3

Namun, pihak NASA menjelaskan bahawa manusia tidak boleh menaiki mesin masa dan lihat masa depan atau masa lampau semudah itu. Mesin seumpama itu hanya lah rekaan semata-mata dalam filem atau novel.

So, korang jangan lah percaya bulat-bulat apa yang didakwa oleh time traveller ni. Kata orang, baca boleh, percaya jangan. Apa-apa pun, jom sama-sama kita jaga alam sekitar supaya kita dapat kurangkan kesan pemanasan global. 

Sumber: Daily Star, YouTube ApexTV

Baca: [VIDEO] ‘Time Traveller’ Dari Planet ‘Vadho’, Ramal Bumi Musnah Tahun 2788 & Ada Penemuan Baharu Di Lautan Atlantik Oktober Ini?

Tt 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.