in

Video TikTok ‘Glow Up’ Wanita Brazil Jadi Viral, Netizen Perhatikan Transformasi Gigi Rupanya…

Wow Sis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi sesiapa yang tak tahu, selain TikTok transformasi seseorang juga kini menjadi trend di media sosial. Netizen akan post video atau gambar ‘glow up’ menunjukkan perubahan gambar lama dan terkini masing-masing.


Tapi, ada juga yang akan gabungkan dan membuat video ‘glow up’ mereka di aplikasi TikTok. Macam seorang wanita baru-baru ini yang mendapat perhatian selepas video TikTok yang dimuat naik olehnya viral.

J6 1

Menurut Mirror, video Tiktok Jaqueline Alarcao telah mendapat 15 juta tontonan selepas dia telah berkongsi perubahan wajah terbarunya yang drastik.

Jaqueline menjadi tumpuan ramai selepas dia muat naik gambar keadaan giginya sebelum ini yang berlapis-lapis membuatkannya jongang dan ‘glow up’ terkini pula menunjukkan dia mempunyai gigi yang sangat cantik dengan penampilan yang cantik.

J1 2

Wanita berasal dari Brazil ini mendapat pujian ramai di mana rata-ratanya memuji serta berasa kagum dengan transformasi gigi dan penampilan Jaqueline.

Video itu dimuat naik dengan kapsyen,

Sebelum dan selepas saya berkahwin dengan doktor gigi.”

Sehingga kini video itu masih mendapat perhatian di TikTok dan Jaqueline juga ternyata mempunyai ramai pengikut di Instagram iaitu seramai 15,000 manakala 151,000 pengikut di TikTok.

Selain mendapat banyak tontonan, video itu juga menerima lebih 10,000 komen daripada orang ramai. Seorang netizen berkata,

Menakjubkan. Gembira dia (suami) mencantikkan semula gigi kamu.”

J2 2

J4

J5

Tapi, ada juga yang bersuara dan berpendapat bahawa transformasi itu adalah palsu kerana menurut mereka sangat mustahil untuk jadi cantik sebegitu.

Bagaimanapun, rupa-rupanya memang betul Jaqueline ‘palsukan’ semuanya. Bila video itu dah jadi viral dia mengaku dia sebenarnya memakai gigi palsu sahaja. Jaqueline juga ada muat naik video ‘behind the scenes’ dengan kapsyen, ‘Saya berjaya troll anda semua!’.

Maknanya kita jangan mudah percaya dengan apa yang kita nampak di internet!

Baca: “Kenapa tak sergah dia terus?”-Lawak! Netizen Terhibur Tengok Tiktok Gadis Ini, Jiran Dedah Cerita Sebenar

Tiktok

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Mirror
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.