Baru-baru ini viral di media sosial yang memaparkan seorang gadis sedang bermain Tiktok di halaman rumahnya. Kelihatan gadis ini bersungguh-sungguh waktu rakam video Tiktok sampai tak sedar ada orang yang sedang berdiri jauh di belakangnya.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan tampil mengaku di Twitter bahawa lelaki yang berdiri di dalam video Tiktok itu ialah dirinya.
https://twitter.com/hazimmmm_/status/1260377637895036928
Ramai netizen tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi ? Banyak persoalan yang timbul di fikiran mereka termasuklah admin sekali.
Rupa-rupanya, lelaki ini diarahkan oleh ibunya untuk menghantar tauhu begedil yang ibunya buat sendiri kepada jiran mereka. Pada masa yang sama, jirannya sedang bermain Tiktok di halaman rumah, jadi dia tunggu gadis ini habis main Tiktok baru nak bagi salam dan tegur.
Menerusi ruangan komen Twitter berkenaan, satu demi satu lelaki ini menjawab persoalan netizen.
Kenapa tak sergah dia terus ?
Nak tegur and beri salam jadi serba salah
Gentle bro, tak tahu nak buat apa
Siapa yang ambil makanan tu ?
Dia lari masuk rumah
Rilek je bro ni tunggu jiran dia habis main Tiktok lepas tu baru bagi tauhu begedil dekat ayah jiran dia tu
Lepas berbuka baru dia ambil phone dia
Ada netizen tanya kalau lepas ni ibunya suruh hantar makanan lagi, agak-agak dia nak hantar tak ? Ini jawapannya
Netizen betul-betul terhibur ni sampai ulang banyak kali video tu
So, dah tau sebenarnya apa makanan yang dia nak hantar kat jiran dia tu.