in

[VIDEO] Tertanya-Tanya Pekerja RnR Lalu Mana Pergi Kerja? Ini Jawapannya…

Fi Rnr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni kan ada trend ‘bingung’ butterfly in the sky tu kan…lepastu korang pernah perasan tak ada satu video yang bingung tertanya-tanya macam mana orang yang kerja dekat kawasan perhentian Rehat dan Rawat (RnR) pergi kerja?



Lepas tengok video tu, mesti korang pun akan tertanya-tanya juga macam mana semua pekerja RnR tu pergi kerja kan? Ya lah kalau korang perasan jalan masuk dan keluar dari kawasan RnR tu memang highway je. Mana ada jalan lain betul tak?

Tapi, video perkongsian daripada abang ni dah tolong untuk menjawab segala persoalan korang tu!

@syahirnordin_

Reply to @syahirnordin_ TEROWONG RnR ‼️ #RnRMachap #highway #fyp #kerja

♬ Middle of the Night – Speed Songs & Viuviu Chan

Menurut perkongsian daripada pemilik akaun TikTok @syahirnordin_ ini, rupa-rupanya ada jalan lain untuk ke RnR!

Jika dilihat melalui perkongsian saudara Syahir ini, setiap kawasan perhentian RnR pasti ada jalan dalam untuk para pekerja pergi ke tempat kerja. Sebagai contoh yang ditunjukkan olehnya ialah di kawasan tempat kerjanya, RnR Machap, Johor.

Manakala, untuk ke kawasan RnR seberang pula terdapat satu laluan terowong di bawah jalan lebuh raya yang memudahkan para pekerja ke seberang. Menurut Syahir lagi, selepas lalui terowong itu para pekerja perlu melalui satu jalan bersebelahan lebuh raya untuk sampai ke kawasan RnR.

Di ruangan komen, ramai yang baru tahu dan berterima kasih kepada saudara Syahir ini kerana telah menjawab persoalan mereka. Walaupun dia hanya menjelaskan kawasan RnR tempat kerjanya sahaja, tetapi sekurangnya terjawablah persoalan jalan dalam ke perhentian itu.

Komen Rnr

Kawasan RnR rumah korang agak-agak sama ke macam abang ni?

Baca: “Selalu beli dengan dia”- Ramai Sedih Lepas Tahu Pakcik Roti Di RnR Sg. Buloh Meninggal Dunia

Baca Rnr

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.