Waktu hujung-hujung tahun ini adalah peluang untuk para pekerja ‘tapau’ semua cuti tahunan yang dah lama terbiar untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
Ada yang bercuti, ada yang pulang ke kampung halaman dan ada juga memilih untuk beriadah. Masa inilah di media sosial kita dapat lihat perkongsian-perkongsian menarik daripada kenalan, rakan-rakan ataupun netizen secara rambang.
Kadang-kadang ada perkara yang melucukan terjadi bila melihat gelagat masing-masing saat sedang beriadah seperti dalam video yang tengah viral di TikTok dan Twitter ini.
Taman tema air takde air
Di TikTok, ada satu video yang telah menarik perhatian netizen dan meraih 459.3K jumlah tontonan dalam masa 17 jam ia dikongsikan.
Dilihat pengguna yang dikenali sebagai @thekiey sedang ingin bermain gelongsor di sebuah taman tema air, tiba-tiba tersekat di tengah sebab bekalan air yang memberikan aliran untuk memudahkan pengguna untuk meluncur tiba-tiba terputus.
Disebabkan itu, dilihat ada yang terpaksa bawa pelampung untuk naik semula ke atas dengan cara berjalan kaki dan menurut pemilik video ianya agak jauh.
@thekieys Taman tema air takde air 😰 apeeeniiiii #fyp #waterpark #waterparks
Biarpun waktu dan lokasi taman tema air itu tidak dapat dikenal pasti, ramai netizen yang terhibur apabila melihatnya, namun ada yang menjangka bahawa ianya berlaku di Shah Alam, Selangor, bahkan ramai juga yang menyatakan perkara sebegini pernah terjadi kepada mereka.
Alahai, taman tema air pun kena catu air sekarang, mesti spoil mood, member dah sedap-sedap rakam.
Baca : 6 Taman Tema Air di Malaysia Kita Pernah Kunjungi Tapi Kini Ditutup