in

[VIDEO] Tak Kisah Kantoi Dengan Tuan Rumah, Pencuri Selamba Panjat Pagar Sambil Angkat Tong Gas

Pencuri Tong Gas Panjat Pagar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam ekonomi yang semakin merundum sekarang ni, memang tak pelik bila jenayah juga akan turut meningkat naik. Mana tidaknya, hanya untuk dapatkan sedikit duit poket, ada yang sampai sanggup mencuri secara terang-terangan walaupun ada risiko terkantoi.


@azmilkkl

#tonggas#kenecuri #fyp TAMAN RAKAN CHERAS KAJANG

♬ original sound – Azmilkkl – Azmilkkl

Ini apa yang berlaku dalam satu video tular di TikTok apabila seorang wanita dilihat telah menjerit meminta tolong sambil merakam tindakan seorang lelaki bertindak memanjat pagar rumahnya untuk mencuri tong gas.

Pencuri! Pencuri!”

Kalau korang tengok video dekat atas tu, pencuri ini dilihat selamba mengangkat tong gas sambil memanjat pagar rumah walaupun tahu tindakannya itu telah disedari oleh tuan rumah dan beredar menaiki motosikalnya dengan bersahaja. Eh eh macam tak ada apa jadi je ya?

Dipercayai, kejadian ini telah berlaku di salah satu kawasan perumahan di Taman Rakan di Cheras, Selangor.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat video ini telah memberikan pelbagai reaksi sehingga ada yang membuat spekulasi pencuri tersebut pekak ekoran tindakan selambanya itu.

Whatsapp Image 2022 10 04 At 11.23.45 Am 1

Screenshot 2022 10 04 112050

Screenshot 2022 10 04 112124

Kalau dah sampai pencuri pun boleh relax walaupun sedar diri dah terkantoi ni memang agak kronik jugak ya… Harapnya korang semua boleh lebih berhati-hati, lagi-lagi kalau tinggal sorang. Takut pulak jadi benda lain.

 

Baca : Viral Video Curi Barang, Pencuri Bawa Peguam Suruh Staff Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Ft Kantoi Curi Ugut Nak Saman Sebab Viralkan Video 728X383 1

 

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.