in

[VIDEO] Tak Dibenarkan Masuk JPJ Gara-gara Berseluar Pendek, Lelaki Terpaksa Sarung Kain Pelikat

Pergi Jpj Pakai Kain Pelikat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika berurusan dengan kaunter kerajaan, mungkin ada segelintir yang belum tahu bahawa pelanggan haruslah mengikuti etika pemakaian yang ditetapkan.


Selalunya dalam etika pemakaian ini, seseorang itu kenalah tampil sopan, kemas dan memakai baju yang bersesuaian.

Namun baru-baru ini, seorang pengguna TikTok bernama @ainhadi0505 telah menceritakan pengalaman yang dihadapi suaminya apabila dihalang daripada memasuki pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Ain, suaminya telah dihalang guard daripada memasuki pejabat tersebut gara-gara memakai seluar pendek dan diminta untuk menukar pakaian. Alamak… 

Walau bagaimanapun, masalah suaminya itu selesai apabila lelaki itu memilih untuk menyarung kain pelikat yang disimpan di dalam kereta. Kain itu sebenarnya digunakan sebagai persediaan untuk menunaikan solat Jumaat.

Pakai seluar pendek pergi JPJ, sekali guard tak bagi masuk. Korang tengok la apa hasil dia.

“Hahaha pakai kain pelikat… memang ada sokmo sebab standby solat kat masjid,” katanya.

 

“Pejabat kerajaan semua mmg tak boleh pakai seluar pendek” 

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memberi penerangan bahawa sudah menjadi kemestian untuk mana-mana orang awam tidak memakai seluar pendek ketika berurusan di kaunter kerajaan.

Malah ada juga sempat menyindir mengatakan bukan saja pejabat kerajaan tidak membenarkan golongan lelaki memakai seluar pendek, dari segi agama juga ia tidak dibenarkan.

Gov Tak Boleh Pakai Seluar Pendek

Walau bagaimanapun, pemilik video ini juga ada menjelaskan yang suaminya bukan saja-saja memakai seluar berkenaan untuk ke JPJ. Sejujurnya memang mereka tidak tahu untuk masuk ke pejabat kerajaan harus memakai seluar panjang.

Apa-apapun lepas ini korang semua boleh sama-sama take note ya kalau nak pergi kaunter kerajaan kena pakai baju dan seluar yang sopan. 

Baca: “Patutlah selalu bau kaki” – Pengguna TikTok Dedah Lokasi Sesuai Letak Pewangi Kereta

Kereta 3

Sumber: Tiktok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.