in

“Video tahun lepas namun saya baru tahu tadi” – Ustaz Abu Syafiq Respon Teguran Sharnaaz Pasal Isu UEL

Sharnaazabu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau anda semua ingat misi kemanusiaan Ustaz Ebit Lew (UEL) sebelum ini juga pernah menjadi pertikaian dan menjadi hangat apabila seorang individu yang dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq bersuara berkenaan dengan hal ini.


Ia mengundang pelbagai reaksi netizen termasuklah pelakon Sharnaaz Ahmad yang kita kenal agak lantang dalam memberikan sebarang pendapat dan kritikan terhadap sesuatu perkara ataupun isu.

 

Bukan mahu bangkitkan hal ini tapi….

Selepas lebih daripada setahun, Ustaz Abu Syafiq baru tampil beri respon kepada Sharnaaz Ahmad, andaikata ada yang terlepas pandang dengan apa yang Sharnaaz Ahmad tempelak, boleh rujuk video dibawah.

Oleh itu, Ustaz Abu Syafiq hari ini menerusi Instagram miliknya menjelaskan bahawa, bukan lah niatnya untuk bangkitkan semula isu ini, tetapi niatnya nak betulkan salah faham Sharnaaz terhadap dirinya sehingga sanggup maki dan ugutnya dalam video tersebut.

Kata Ustaz Abu Syafiq, dia baru perasan video Sharnaaz itu hari ini kerana dia tidak berapa mengikuti ramai artis di Malaysia.

Selain itu, Ustaz Abu Syafiq juga menjelaskan bahawa dirinya sama sekali tidak pernah menghalang UEL melakukan kebaikan dan menepis dakwaan yang mengatakan UEL rak atau tidak ikhlas.

“Bro @sharnaazahmad ketahuilah saya tidak pernah halang Ustaz Ebit Lew buat benda baik dan kebajikan saya juga tidak pernah kata beliau riak atau tidak ikhlas.”

Katanya lagi, fitnah itu dibangkitkan oleh pihak-pihak lain yang tak bertanggung jawab dan dia pernah perjelaskan hal tersebut sebelum ini .

“Fitnah itu dibuat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab. Saya juga telah filekan beberapa saman di Mahkmah dan semua sedang berjalan serta repot-repot polis. Saya juga telah jelaskan hal ini dalam banyak tulisan saya.”

View this post on Instagram

A post shared by Ustaz Abu Syafiq (@ustazabusyafiq)

Dia juga menasihati Sharnaaz agar memahami fitnah yang boleh terjadi keapda sesiapa sahaja dan mungkin tindakan boleh diambil kepada mereka yang termakan fitnah dan melakukan ugutan.

 

Baca : “Saya tak tuju kat dia pun” – Ustaz Abu Syafiq Enggan Minta Maaf Pada Ebit Lew Sebab ‘Dia Tak Buat Salah’

Abu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.