in

“Saya tak tuju kat dia pun” – Ustaz Abu Syafiq Enggan Minta Maaf Pada Ebit Lew Sebab ‘Dia Tak Buat Salah’

Collage 60

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak lama haritu, Ustaz Abu Syafiq telah memuat naik status mengatakan bahawa meletak gambar dan video orang miskin sehingga memalukan adalah aib dan hukumnya haram.


Ekoran dari posting ini, ramai netizen yang menyelar tindakan ustaz ini dan mengatakan bahawa Abu Syafiq tujukan postingnya ini kerana Ustaz Ebit Lew sering memuat naik gambar dan video ketika dia membantu orang yang memerlukan.

Screenshot 2020 04 28 At 12.54.08 Pm

Tak cukup dengan itu, menjawab selaran netizen di Facebook yang sama, Abu Syafiq dikatakan telah menghina Ebit Lew dengan panggilan “kafir”. Namun mengatakan yang Facebooknya telah digodam dan kenyataan itu bukan datang dari dirinya.

Baru-baru ini, ketika dihubungi oleh seorang bekas wartawan TV3, Ryzal Ibrahim, Abu Syafiq mendedahkan bahawa penulisannya mengenai “buka aib orang miskin” tersebut tak ditujukan kepada Ebit Lew.

Malah menurutnya, dia tak tahu pun Ebit Lew ada memuat naik gambar di Facebook.

Ada orang ambil statement saya kata Ustaz Abu Syafiq ni kutuk Ebit Lew. Kemudian baru saya tahu Ebit letak gambar.”

Tambahnya lagi, dia tak melarang orang untuk mengambil gambar asalkan orang tersebut menjaga adab dan aib penerima sumbangan kerana jika tidak, hukumnya haram.

Oleh itu, Abu Syafiq menegaskan yang dia tak perlu pun minta maaf kepada Ebit Lew kerana dia tak salah dan postingnya sebelum ini tak ditujukan kepada pendakwah bebas tersebut.

Kalau saya ni sengaja nak tuju kepada dia, dan timbul pula isu macam ni memang saya rasa bersalah. Tapi saya tak tuju pada dia pun. Saya tak akan mohon maaf sebab saya tak buat salah.”

Korang boleh tengok audio perbualan antara Ustaz Abu Syafiq dan Ryzal Ibrahim dekat bawah ni:

"Saya tidak akan buat permohonan maaf…sebab saya tak buat salah.." – Ustaz Abu Syafiq

Rakaman perbualan telefon bersama Ust Abu Syafiq

Posted by Ryzal Ibrahim on Friday, April 24, 2020

 

Baca: “Letak gambar & video orang miskin sehingga memalukan dia adalah aib. Haram!” – Ustaz Abu Buat Status, Tuju Pada Ustaz Ebit Lew?

Screenshot 2020 04 28 At 1.14.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.