Sejak kebelakangan ini, telah tular rumah tangga influencer media sosial, Nor Sufia Johari atau lebih dikenali dengan Cik Pia mendakwa suaminya enggan hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftarkan anak mereka.
Walaubagaimanapun, telah dilaporkan suami Cik Pia, Azlee Abd Aziz telah memuat naik sebuah video di akaun TikToknya yang memaparkan dirinya telah hadir ke pejabat JPN di Kuantan, Pahang pada Khamis untuk urusan pendaftaran anak lelakinya itu.
https://www.tiktok.com/@kayazlee/video/7203200343205825819
“Alhamdulillah proses pendaftaran Arumi telah selesai, saya dah bagi kerjasama kepada JPN.”
“Cuma pesanan saya kepada tuan-tuan dan puan-puan jangan sesekali buat keputusan di saat overthinking dan jangan rakam apa-apa content dalam kaunter kerajaan. Boleh dikenakan hukuman ya, hati-hati,” katanya di dalam video berkenaan.
Dakwa isteri sakit mental?
Menurut laporan mStar, Azlee bercerita tentang dirinya dan pelbagai dakwaan negatif yang diterima daripada warganet dipercayai berpunca daripada penyakit yang dihidapi isterinya itu.
Cik Pia didakwa berdepan dengan beberapa masalah kesihatan mental sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.
“Saya berdepan dengan isteri yang ada gangguan mental. Bila sakitnya datang, saya diugut setiap hari. Dia juga ada bipolar. Bila dia amuk, dia tuduh saya pukul dia sedangkan saya tenangkan dia,” ujar Azlee.
Azlee turut memberitahu bahawa mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak November tahun lalu susulan masalah yang dihadapi pasangan tersebut.
Berkenaan isu yang tular mengenai pendaftaran anaknya itu, Azlee menempelak netizen yang banyak mengecam dan mengkritiknya tanpa menyelidik hal sebenar.
Tambah Azlee, dia sebenarnya mempunyai masa 60 hari untuk mendaftarkan anaknya kerana itu adalah tempoh masa yang ditetapkan oleh JPN.
Azlee juga ada memberi bayangan tentang perjalanan rumah tangga mereka namun menunggu waktu yang sesuai untuk membincangkan isu tersebut bersama isterinya, Cik Pia.
Cik Pia pula kata sebaliknya?
Walaubagaimanapun, Cik Pia telah memuat naik sebuah video di TikTok yang mendakwa suaminya tidak menceritakan hal yang sebenar sekali gus mengaibkan dan memfitnah dirinya. Tambahnya, dia menyatakan bahawa sedih dan anxiety adalah perkara yang berbeza.
@norsufiiajohari wahai @mstarmalaysia cerita dlm tu BYK fitnah Dr betul..die selalu aibkan & fitnah Sye.. mane Ade isteri yg tak sedih jika suami Ade skandal lain ketika mengandung.sedih & anxiety benda yg berbeza!#tiktokviral #viral #fypシ #fyp #fypage #fypシ゚viral #tiktok #tiktoker #cikpia #trending
Hmm kalau macam ni dah dengar cerita dua dua pihak… apa komen korang?
Baca : Suami ‘Busy’ Dengan Makwe Sampai Isteri Terpaksa Pilih 99 Nama Allah Untuk Binkan Anak?