in

[VIDEO] Suami Baran Pecahkan Cermin Kereta, Anak-Anak Sampai Nangis Ketakutan

Page Cermin

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkongsian Facebook dari wanita yang dikenali sebagai Amira selepas tindakan suaminya yang memecahkan cermin kereta yang dinaiki oleh Amira serta dua anaknya.

Walaubagaimanapun, ketika ini dipercayai akaun Facebook milik Amira telah ditukar kepada mod privasi. Semalam, kecoh di Twitter tentang video tersebut dan kini telah memperoleh lebih dari 800 ribu tontonan.

https://twitter.com/MOFASAD_/status/1470678040057241600?t=fAy8FuNzozvReDyPi38z1Q&s=19

Pada awalnya, suaminya itu mengatakan ingin memberi wang untuk perbelanjaan anak-anak dan hanya menurunkan separuh cermin kereta namun dengan tiba-tiba dia menghentak cermin tersebut dan memecahkan kesemua cermin itu.

Amira turut menceritakan, antara sebab dirinya hanya menurunkan separuh cermin adalah kerana sebelum ini suaminya pernah merampas dokumen penting dari dalam keretanya. Jadi, untuk mengelakkan perkara sama berulang, dia terpaksa berbuat demikian.

20211215 084357 1

Akibat dari tindakan suaminya itu, anak-anak Amira terus menangis ketakutan. Malah di bahagian reply Twitter, ramai warganet yang turut meluahkan rasa marah mereka selepas melihat tindakan lelaki itu.

Twitter Full

“Mau trauma weh anak dia bila besar nanti” – Komen netizen

Difahamkan juga, pasangan itu kini dalam proses penceraian dan tidak lagi tinggal bersama sejak April. Berkaitan dengan kejadian itu, Amira memaklumkan bahawa dia telahpun membuat laporan polis dan suaminya kini telah ditahan oleh polis.

Baca: “Baby dah boleh bawa balik” – Wanita Hamil Parah Dipukul Suami Telah Selamat Melahirkan Bayi

Untitled 1 7

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter