Sejak kematian isteri tercintanya Siti Sarah Raisuddin, pelakon dan pelawak Shuib sering diasak dengan soalan tentang kahwin serta turut dijodoh-jodohkan dengan ramai selebriti lain.
Baru-baru ini, menerusi temubual bersama Melodi yang telah dimuat naik di TikTok, Shuib mengakui bahawa dia kini memang sedang mengenali hati budi seseorang.
Menurut Shuib, wanita yang dia sedang kenali itu bukanlah seseorang dari industri seni seperti yang dicanang-canangkan oleh netizen malah hanya orang biasa yang diperkenalkan oleh ibunya sendiri.
Namun begitu, bila ditanya adakah dia bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi, pelawak ini mengatakan yang dia tak berani hendak komen lebih-lebih kerana semuanya di tangan Tuhan.
@ecahwady Pengakuan Shuib ❤️❤️❤️ #fyp #fypシ #artismalaysia?? #melodi #shuib
Secara jujurnya, saya ada mengenali hati seseorang, Insya-Allah. Saya tak berani nak komen bila akan berkahwin sebab jodoh, ajal dan pertemuan ini di tangan Tuhan. Saya takut betul nak bercakap mengenai ini (jodoh) sebenarnya.
“Kalau jodoh saya beritahu, kalau tak ada saya diam-diam sahaja.”
Berita terbaru yang dikongsikan oleh Shuib ini jelasnya telah menggembirakan ramai peminat-peminatnya. Rata-rata netizen turut mendoakan agar lelaki ini turut mendapat kebahagiaan bersama anak-anaknya.
Kita doa je yang baik-baik untuk Shuib okay?
Baca: “Tak terfikir jadi pengganti” – Dituduh Sengaja Rapat Dengan Shuib, Ini Jawapan DSV…