in

“Tak terfikir jadi pengganti” – Dituduh Sengaja Rapat Dengan Shuib, Ini Jawapan DSV…

Collage 63

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Awal tahun ini agak kecoh di media sosial apabila usahawan Dato’ Seri Vida mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak menolak sekiranya dijodohkan dengan Shuib dan mengakui bahawa pelawak itu mempunyai ciri-ciri jejaka idamannya.

Kemudian baru-baru ini, video yang dimuatnaik oleh Vida di Instagram menunjukkan dia meluangkan masa untuk makan malam bersama Shuib dan anak-anaknya telah mengundang kecaman dari netizen.


https://www.instagram.com/p/CgZD54zBpRw/

Segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang mereka dengan caption Vida mengatakan mahu menumpang kasih anak-anak Shuib sedangkan usahawan ini mempunyai anak-anak sendiri.

Ekoran ini, Vida telah menjawab kecaman netizen ini dengan mengatakan bahawa dia sudah pun lama rapat dengan arwah Siti Sarah semasa hayatnya dan niatnya hanya untuk merapatkan ukhwah yang sudah lama terjalin.

Saya pernah kehilangan anak-anak tersayang. Uwais, Martin dan Talita juga kehilangan ibu tersayang. Mungkin ini cara untuk masing-masing melepaskan kerinduan. Saya rapat dengan Allayarham Siti Sarah semasa hayatnya. Semoga hubungan ukhwah ini kekal terjalin.”

Menurut mStar, Vida turut mengatakan bahawa dia tiada niat untuk menjadi pengganti arwah Siti Sarah dan hanya mendoakan agar Shuib dapat bertemu dengan wanita yang lebih baik darinya.

Hubungan saya dan Shuib tidaklah sejauh itu sehingga mahu berkahwin. Saya rapat dengan arwah Sarah dan tidak terfikir untuk gantikan tempatnya.

“Saya hanya curahkan kasih saya kepada anak-anak mereka dan berdoa semoga Shuib jumpa wanita yang lebih baik kerana saya tidak sesuai untuk dia.”

Baguslah kalau Vida luangkan masa dia dengan anak-anak Shuib. Kalau dorang selesa apa salahnya kan?

 

Baca: “Tiada istilah haram” – DSV Buat ‘Trend’ Cedok, Tapi Dakwa Patuh Syariah?

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.