in

[VIDEO] Seram! Wanita Nampak Sosok ‘Budak’ Main Basikal Sebelah Tanah Perkuburan Jam 2.30 Pagi

Fi Main Basikal E1632197719819

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercakap soal kisah seram, mesti perkara seperti penampakan kelibat atau kedengaran bunyi seperti orang mengilai jadi benda yang biasa dikongsikan oleh ramai.


Tapi apa yang korang akan buat, kalau ternampak satu kelibat budak yang tengah bermain pada waktu awal pagi disebelah kawasan perkuburan macam kisah ni?

 

Nampak budak perempuan main basikal seorang diri

Sejak beberapa hari lalu, sebuah kisah seram oleh seorang wanita ini menjadi viral selepas didakwa dia terlihat kanak-kanak perempuan bermain seorang diri tanpa pengawasan ibu bapa.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh Nur Farhana Dewajurti Nasution, dia menunjukkan aksi seorang ‘budak’ perempuan yang sedang bermain basikal seorang diri berhadapan tanah perkuburan.

Main Basikal 1

Menurut Farhana, sewaktu itu dia hendak keluar untuk pergi ke bandar dan memang dia perlu melalui sebatang jalan di sebelah kawasan tanah perkuburan tersebut. Sewaktu dia lalu jalan itu, dia nampak seorang anak kecil ni main sendirian di situ.

Disebabkan terkejut dengan situasi yang berlaku jam 2.30 pagi itu, Farhana memanggil anak lelakinya untuk menemaninya keluar dan mendekati kanak-kanak perempuan tersebut.

Farhana juga mendakwa dia meminta anak lelakinya menegur budak perempuan tersebut sambil mengeluarkan telefon untuk merakam suasana yang berlaku di sebelah tanak perkuburan itu.

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini posting tersebut telah meraih lebih dari 64k tontonan di TikTok.

@nurfarhananasution

😣😣😣

♬ Annabelle Closing – Joseph Bishara

 

“Betoi ka budak ka benda lain”

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen masih lagi memperdebatkan tentang sosok kanak-kanak perempuan yang kelihatan dalam video tersebut. Ada yang memberi pandangan bahawa itu mungkin bukanlah sosok manusia sebab melihat pada kawasan dia bermain dan tanpa pemantauan oleh kedua ibu bapa pada waktu sebegitu.

Selain itu juga, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka yang pernah tinggal dan membesar berdekatan dengan kawasan perkuburan seperti ini.

Reak Main Basikal 2 Edit Reak Main Basikal 3 Edit Reak Main Basikal 1 Edit

Kenapalah dia main sorang-sorang dekat situ ya. Korang pernah tak kena situasi yang macam ni? Atau yang lebih teruk ke? Seram..

 

Baca : [VIDEO] Seram! Lelaki Dakwa Rakam Kelibat ‘Rambut Panjang’ Sewaktu Buat Live 

Foot Main Basikal

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.