in

[VIDEO] Seram! Lelaki Dakwa Rakam Kelibat ‘Rambut Panjang’ Sewaktu Buat Live

Fi Kelibat Rambut Panjang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Secara kebiasaannya kalau kita bercerita topik pasal kisah seram, dah boleh buat bulu roma jadi tegak. Apatah lagi kalau terjumpa atau ternampak satu entiti yang ‘pelik’ ini, depan mata kita sendiri dan semestinya buat kita jadi kecut perut.


Perkara inilah yang terjadi oleh beberapa orang lelaki, mendakwa terlihat satu kelibat sewaktu berada di sebuah bangunan ditinggalkan.

 

Buat live.. Ternampak kelibat rambut panjang 

Sejak beberapa hari lalu, sebuah video ini jadi tular selepas penampakan satu kelibat misteri yang berjaya dirakam sewaktu sesi live dijalankan.

Perkara ini dikongsikan oleh akaun TikTok @tsc_tv, merupakan satu kumpulan yang sering melakukan aktiviti-aktiviti paranormal sambil mengadakan sesi live di media sosial.

Menerusi satu video yang dimuat naik, beberapa orang lelaki ini tengah menjalankan aktiviti paranormal di sebuah bangunan yang ditinggalkan.

Kelibat Rambut Panjang 3

Namun selepas beberapa ketika, mereka mula fokus ke satu sudut ruangan bangunan itu. Bila diperhatikan dengan lebih teliti terlihat satu susuk kelibat yang seakan melihat gerak-geri mereka.

Apa yang paling mengejutkan, kelibat ‘rambut panjang’ berkenaan dengan pantas memanjat ke bahagian atas dan terus menghilangkan dirinya.

Posting yang dimuat naik itu telah mendapat perhatian warganet, dan sehingga kini telah meraih lebih dari 179k tontonan.

@tsc_tv

muncul nya si jabrig di bangunan angker#fyp #AsikBarengResso @tsc_official01 #livestreming #samasamabelajar #horor #menguakmitos #pyf #fypシ

♬ suara asli – Team Scary cipanas – Team Scary cipanas

 

“Saya tengok livestream tu”

Di ruangan komen, kejadian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi dari rata-rata netizen yang melihat. Ada netizen yang menjadi saksi kepada kejadian itu sebab turut menonton semasa sesi live dilakukan, namun ada juga yang berpendapat bahawa semua itu adalah rekaan semata-mata.

Reak Kelibat Rambut Panjang 1 Edit Reak Kelibat Rambut Panjang 3 Edit Reak Kelibat Rambut Panjang 2 Edit

Berani betul dia siap buat live lagi tu. Korang pernah tak buat sesi paranormal macam ni juga?

 

Baca : “Dia nak gurau2 tu” – [VIDEO] Seram! Gadis Dakwa Terakam ‘Kelibat Putih’ Semasa Tengok Bunga Api

Foot Kelibat Rambut Panjang

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.