in

“Dia nak gurau2 tu” – [VIDEO] Seram! Gadis Dakwa Terakam ‘Kelibat Putih’ Semasa Tengok Bunga Api

Fi Kelibat Putih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang kejadian misteri seperti penampakan kelibat atau susuk makhluk halus ini boleh berlaku dekat mana sekalipun tanpa mengira tempat dan masa. Kalau dengar gangguan macam bunyi pun dah boleh buat kita seram, apatah lagi kalau ia tiba-tiba jelmakan diri depan kita.


Macam kisah yang terjadi kepada seorang gadis ini, apabila didakwa ada ‘benda’ melintas depannnya.

 

Tengah tengok bunga api.. Tiba-tiba…

Situasi seram ini mula menjadi perhatian sejak beberapa hari lalu, sehingga viral sebab jadi perbualan ramai.

Dalam posting yang dikongsikan oleh @Bunga Roses ini, dia ketika itu sedang berada di luar rumahnya untuk melihat percikan bunga api yang dipasang di kawasan berhampiran.

Kelibat Putih 1

 

Kemudian, dia mengeluarkan telefon dan terus merakam suasana tersebut. Namun selepas dah habis rakam, dia tengok balik rakaman dibuatnya itu.

Gadis tersebut terkejut, apabila tiba-tiba ada sesuatu seperti ‘kelibat putih’ yang melintasi kameranya sewaktu membuat rakaman.

Dia juga turut menambah, bahawa semasa rakaman dia tak ada melihat sebarang kelibat yang melintasinya ketika itu.

Kelibat Putih 3 Edit

Sejak perkara ini menjadi perdebatan ramai, video tersebut telah meraih lebih dari 134k views di TikTok.

@asyuuuu_24

Aku baru perasan weh ada “sesuatu” lintas. Padahal masa ni takda sesapa pon. Habis sapa yg lintas warna putih tak nampak muka ni? #Seram

♬ original sound – Bunga Roses – Bunga Roses

 

“Makcik blik surau tu…” 

Di ruangan komen, pelbagai reaksi ditunjukkan oleh netizen mengenai video tersebut. Ada juga yang berasa seram sebab pernah mengalami keadaan yang seakan sama, namun ada juga yang sempat bergurau sebab tak mahu melayankan rasa seram tu. Terhibur betul tengok komen korang ni.

Reak Kelibat Putih 1 Edit Reak Kelibat Putih 2 Edit Reak Kelibat Putih 3 Edit

Benda tu pun dah makin pandai buat cameo sekarang. Em…

 

Baca : [VIDEO] Seram! Abang Lori Tengah Rehat, Sosok Rambut Panjang ‘Kacau’ Dekat Tingkap

Foot Kelibat Putih

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.