in

[VIDEO] Rambut Adik Tersangkut Sikat, Abang Membebel Buat Ramai Boleh ‘Relate’ Dengan Masa Kecil

Ft Sikat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kenangan semasa kecil adalah kenangan yang paling indah dan tak dapat dilupakan. Ada kenangan yang manis dan ada juga yang pahit. Pasti korang rindu zaman kanak-kanak kan. Kadang-kadang pengalaman itulah yang mematangkan kita.


Sama dengan kisah kalini. Dalam perkongsian @aeshfr, dia telah memuat naik satu video di akaun Tiktok miliknya, di mana ibunya sedang meleraikan sikat yang tersimpul pada rambut adik perempuannya.

@aeshfr

Takde kerja, nak cari kerja. Penatlah aku bela adik perempuan ? #fyp #foryou #notyourboy #xyzbca

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

“Patutla kena marah, dah dua kali rupanya”

Dalam video tersebut, rambut adik perempuan @aeshfr telah pun tersimpul dengan sikat yang dimainnya. Dengan perlahan ibunya membuka simpulan rambut pada sikat tersebut supaya rambut adiknya tidak putus.

Katanya, ini bukanlah kali pertama sikat itu tersangkut pada rambut adik perempuannya. Yang peliknya ibu dia tak membebel pun, abang dia yang lebih-lebih marah. Kalau sekali takpa la juga…

“Macam tak logik je”

Video ini telah mendapat hampir separuh juta tontonan di Tiktok. Rata-rata netizen yang menonton video ini boleh relate kan dengan pengalaman mereka semasa kecil. Ada yang kata mereka saja nak gulungkan rambut bagi nampak curly guna tayar kereta mainan. Macam tu pun boleh eh.

Ada juga yang alami pengalaman tersebut tapi sempat potong sendiri rambut mereka sebelum ‘kantoi’ dengan mak ayah. Kalau tak memang panas je telinga dengar dia orang membebel. Mak ayah dulu-dulu kan garang,ye tidak.

Komen

@aeshfr juga ada berkongsi video sikat itu terlerai daripada rambut selepas seorang netizen bertanya tentang keadaan rambut adiknya lepas kejadian malam semalam itu berlaku. Kesian dia nangis…

@aeshfr

Reply to @girlswithantisocialprob inilah kesudahannya bagi yg tertanya tanya, dia nangis juga di pengakhirannya ? #fyp #foryou #notyourboy #xyzbca

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Selepas kejadin itu, @aeshfr rajin untuk muat naik video adiknya. Dia juga ada bagitahu dalam video seterusnya yang kejadian itu berpunca daripada adik lelakinya.

Kesiannya adik perempuan dia jadi mangsa keadaan, tapi kelakar juga muka dia lepas sikat tu tersangkut dengan rambut.

Baca: “Lepas vaksin slow la tu lompat” – [VIDEO]  Hantu Cina Datang Cucuk Vaksin Buat Ramai Terhibur 

Hantu Cina E1629269574634

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.