in

“Lepas vaksin slow la tu lompat” – [VIDEO] ‘Hantu Cina’ Datang Cucuk Vaksin, Buat Ramai Terhibur

Fi Hantu Cina Dtg Ppv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita perasan dekat sosial media sejak kebelakangan ni, ada saja telatah dan gelagat penerima vaksin di mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) ini. Sebagai contohnya, ada aksi beberapa individu jadi perhatian sebab pakai kostum Ultraman, pakai baju kelawar lah, dan macam-macam lagi.


Namun macam kisah ni, mesti korang susah nak percaya sebenarnya ‘hantu’ pun ambil inisiatif untuk cucuk vaksin dekat PPV. Dorang pun takut Covid okay.

 

Hantu cina datang PPV

Terbaru, satu kisah ‘seram’ berlaku di PPV Jalan Genuang Segamat, Johor dan menjadi perhatian ramai.

Perkara ini dikongsikan oleh @Zahril Ajmal, yang menunjukkan ketibaan ‘hantu cina’ di PPV berkenaan. Namun sebenarnya itu adalah seorang individu lelaki, yang berpakaian seperti makhluk tersebut sewaktu nak cucuk vaksin.

Hantu Cina Dtg Ppv 3

Menerusi video dimuat naik, lelaki itu dilihat betul-betul mendalami karakter tersebut sampaikan datang pun sambil melompat-lompat.

Turut difahamkan juga, lelaki tersebut yang berurusan bersama Zahril dan tetap melompat sebegitu ketika nak menuju ke stresen berikutnya malah sampai selesai urusan vaksinasi dia.

Walau bagaimanapun, tindakan lelaki tersebut nyata memberi hiburan kepada petugas di sana sebabkan unik dan dia tak berasa malu pun berpakaian seperti makhluk itu.

“So comel and shoo cute sumpah hilang penat kerja seharian..” kata Zahril

Sehingga kini, posting dimuat naik tersebut dah memperoleh lebih dari 400k views di TikTok.

@zahril4jmal

PUSAT PEMBERIAN VAKSIN SEGAMAT ADA HANTU ?? !!! #ppvsegamat #fypvaccine #fypシ #hantucina??? #comel

♬ Classic Remix – Mini?

 

“Tk penat ke melompat macam tu sampai hbs vaksin”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata aksi lelaki tersebut nyata menghiburkan hati rata-rata netizen yang melihat. Di samping masih ada yang tak sangka dia nak berpakaian sebegitu, ada juga yang tertanya sama ada dia tak penat ke melompat saja sampai habis urusan vaksinasi.

Reak Hantu Cina Dtg Ppv 1 Edit Reak Hantu Cina Dtg Ppv 2 Edit Reak Hantu Cina Dtg Ppv3 Edit

Makin kreatif betul rakyat Malaysia ni, korang belum second dose tu bolehlah fikir nak jadi apa nanti.

 

Baca : “Covid lagi bahaya dari raksasa” – [VIDEO] Aksi Individu Pakai Kostum ‘Ultraman’ Masa Cucuk Vaksin, Jadi Tumpuan Warganet

Fi Ultraman Cucuk Vaksin

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.