Kalau korang nak tahu, satu rangkaian restoran makanan segera yang diberi nama Karen’s Diner di Australia ini telah mengamalkan konsep di mana pelayan di sana telah dilatih dan dibayar untuk memberi layanan yang teruk kepada pelanggan mereka.
Kerana konsepnya yang unik ini, ramai yang sanggup datang ke restoran ini semata-mata untuk mendapatkan hiburan melihat perangai pelayan di sana yang kurang ajar.
https://www.instagram.com/p/Ci9xurLvW5b/
Baru-baru ini, “lawatan” seorang warga emas ke restoran ini telah mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, video ini telah mendapat berpuluh juta tontonan dengan rata-rata netizen terhibur melihat reaksi nenek ini ketika menerima layanan di Karen’s Diner tersebut.
Menurut Lad Bible, Jo Billington telah membawa ibunya Barbara ke Karen’s Diner untuk melihat sendiri reaksi wanita tersebut dengan layanan yang diberikan.
Disebabkan Barbara tak tahu konsep yang dibuat di restoran ini dan Jo pun “terlupa” nak beritahu ibunya, korang boleh tengok sendiri macam mana terkejutnya nenek ni bila pelayan tersebut tiba-tiba bersikap kurang ajar.
Barbara terkejut apabila pelayan yang menjaga meja hadapan telah memanggilnya dengan gelaran “nenek”, sebelum dia meminta agar wanita tersebut bercakap dengan baik. Namun teguran warga emas ini telah dijawab dengan kasar.
Her face 😳😂 pic.twitter.com/483SUSSG2O
— LADbible (@ladbible) October 18, 2022
Kalau nak orang cakap elok-elok, maknanya kau datang dekat tempat yang salah!”
Barbara yang tak percaya dengan servis kurang ajar ini telah memalingkan mukanya ke arah Jo dan bertanya tempat apa yang anaknya itu pilih.
Tak cukup dengan itu, satu lagi pelayan lain telah membawa menu restoran dan mencampakkan menu tersebut ke arah Barbara sehingga ia terjatuh ke atas lantai dan berkata…
Nenek, kalau kau nak nangis pergi masuk dalam tandas sebab dekat sini tak ada siapa nak layan.”
Barbara kemudiannya sekali lagi memarahi pelayan di sana dengan meminta agar mereka bercakap dengan elok sebelum dia diminta untuk menutup mulutnya.
Manakala selepas Jo dan Barbara duduk di meja, dia telah dipakaikan topi dengan tulisan ‘I remember the dinosaurs’ menunjukkan usianya yang sudah lanjut.
Walaupun tak puas hati dengan layanan yang diterima pada awalnya, Jo mengatakan ibunya itu akhirnya faham dengan konsep restoran tersebut dan mula marah balik bila ada pelayan yang kurang ajar. Barbara juga dikatakan turut terhibur selepas itu.
Alahai, sian nenek ni tak pasal pasal je kena maki…